Thursday, December 4, 2014

BENGKEL PPN BIL 3/2014 : HARI KETIGA

04 Disember 2014, Kuala Lumpur - Hari ini merupakan hari terakhir Bengkel PPN Bil 03/2014 setelah tiga hari berlangsung di Hotel Pearl International yang mana dihadiri oleh Pengarah Cawangan Pelapis, Ketua-ketua Unit serta Pengurus Sukan Pelapis. Sesi pertama dimulakan dengan taklimat dari Ketua Unit Pelapis Kebangsaan, Encik Azrul Hisyam iaitu Pengurusan Sukan yang Berkesan.

Setelah itu, sesi pembentangan oleh PPN diteruskan dengan pembentangan dari PPN dari WP Labuan, Sabah dan Sarawak. Penutupan serta rumusan bengkel dilaksanakan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Jefri Ngadirin. Di dalam sesi rumusan ini beliau mengingatkan kepada para PPN agar memperbaiki lagi mutu kerja masing-masing dan supaya lebih peka terhadap sukan-sukan dibawah seliaan mereka. Melalui program binaan seperti ini diharap agar para PPN yang menjadi penggerak sukan di akar umbi di peringkat negeri dapat mempelajari dan meningkatkan mutu sukan di negeri masing-masing.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.