Monday, December 1, 2014

KEM ANGKAT BERAT SIRI 2/2014 DAN PEMILIHAN SEMPENA TEMASYA YOG 2018 : HARI PERTAMA

HARI PERTAMA

Tarikh : 30 November 2014
Masa : 2.00 petang - 10.00 malam
Tempat: Hotel Sri Petaling

Kem Angkat Berat Siri 2/2014 dan Pemilihan Sempena Temasya YOG 2018 dijalankan buat kali kedua pada tahun 2014. Kem ini dijalankan bagi memberi peluang kepada para atlet dari kalangan Pelapis Negeri untuk menjalani latihan secara sepenuh masa sepanjang kem dijalankan. Kem siri 2 juga dijalankan serentak dengan sesi pemilihan atlet untuk Program sempena Temasya YOG 2018. Atlet yang dilihat berpotensi semasa kem dijalankan akan diserapkan ke dalam Program Temasya YOG 2018.

Seramai 40 orang atlet yang berumur 12 - 14 tahun dipilih bagi menyertai Kem Siri 2/2014. Jumlah atlet yang mendaftar adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada 23 orang atlet lelaki dan 13 orang atlet wanita. Seramai 4 orang atlet tidak mendaftar diri kerana masalah kesihatan dan tidak mendapat pelepasan dari penjaga.

Seramai 10 orang jurulatih dipanggil bagi menjayakan kem ini yang terdiri daripada seorang jurulatih Pelapis Kebangsaan, 2 orang jurulatih Pelapis Serantau, seorang Jurulatih Penuh Masa (JPM) dan 6 orang Jurulatih Separuh Masa (JSM).  Seramai 5 orang Pegawai Pembangunan Negeri dipanggil untuk membantu sepanjang program berlangsung.

Sesi pendaftaran atlet dan jurulatih bermula pada jam 2.00 sehingga 5.00 petang di mana atlet dan jurulatih telah mendaftar masuk ke bilik penginapan di Hotel Sri Petaling.

 Pada jam 8.00 malam sesi taklimat bersama jurulatih bersama para Pegawai MSN dijalankan dan dikendalikan oleh Pengurus Pelapis Negeri Encik Zairul, Pengurus Pelapis Serantau Encik Norzahin dan Pengurus Temasya YOG Encik Afzan. Taklimat menjurus kepada objektif kem di mana atlet yang berpotensi akan diserapkan ke dalam Program Temasya YOG dan pemilihan atlet untuk diserapkan ke Program Pelapis Serantau.

Pada jam 8.45 malam, Sesi perjumpaan jurulatih dan pegawai bersama atlet dijalankan dimana para pegawai dan jurulatih memberi taklimat kepada atlet mengenai program sepanjang kem berlangsung. Atlet juga diminta memperkenalkan diri masing- masing supaya dapat mengenali antara satu sama lain. Sesi berakhir pada jam 9.45 malam.

Sekian laporan untuk hari pertama.

LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ ZANUDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.