Tuesday, December 2, 2014

KEM ANGKAT BERAT SIRI 2/2014 DAN PEMILIHAN SEMPENA TEMASYA YOG 2018 : HARI KEDUA

Tarikh: 1 Disember 2014
Masa: 6.30 pagi - 10.30 malam
Tempat: Majlis Sukan Negara

Hari kedua Kem Angkat Berat Siri 2/2014 dan Pemilihan Sempena Temasya YOG 2018 dimulakan dengan aktiviti perhimpunan pagi pada jam 6.30 pagi. Atlet berkumpul dan menyanyikan lagu negaraku untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan atlet. Sesi penerangan tentang perjalanan aktiviti untuk hari kedua disampaikan oleh jurulatih Kedah, Encik Mohd Noor.

Atlet bergerak ke Majlis Sukan Negara dan pada jam 8.00 pagi, sesi strength training dijalankan dan dikendalikan oleh para jurulatih. Tujuan strength training dijalankan untuk meningkatkan kekuatan atlet.

Sesi bersambung pada jam 10.30 pagi di mana sesi plyometric training dijalankan. Tujuan plyometric training dijalankan adalah untuk meningkatkan elemen kekuatan otot para atlet.

Pada jam 2.30 petang, sesi latihan bersambung di mana atlet menjalani latihan di gimnasium angkat berat. Latihan tertumpu kepada teknik snatch di mana atlet perlu melakukan teknik snatch pull dan teknik snatch classic. Semasa sesi latihan jurulatih menitikberatkan teknik dan postur badan atlet semasa melakukan angkatan snatch.

Pada jam 4.30 petang, para atlet mengikuti ceramah tentang pemakanan yang dikendalikan oleh Pegawai Sukan dari Institut Sukan Negara (ISN), Encik Muhammad Qusyairi bin Ajmain. Ceramah yang disampaikan berkisar tentang aspek pemakanan yang betul bagi atlet angkat berat.

Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan sesi bersama ikon sukan. Untuk sesi ini pihak Cawangan Pelapis menjemput pemenang pingat perak pada temasya Commonwealth 2014, Encik Zulhelmi Md Pisol yang juga merupakan atlet Pelapis Kebangsaan untuk berinteraksi dengan para atlet. Tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk memberi motivasi kepada para atlet untuk menjadi atlet yang berjaya. Sesi berakhir pada jam 10.00 malam.

Sekian laporan untuk hari kedua.

LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ ZANUDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.