Sunday, October 26, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2014 : HARI TERAKHIR

Pada hari terakhir Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/2014 semua negeri semua atlet serta jurulatih yang terlibat dengan kem telah bersiap-siap untuk bergerak pulang ke negeri masing-masing. Kebanyakan negeri telah bertolak awal pagi kerana jarak perjalanan yang jauh dan ada di antara atlet yang akan bersekolah pada keesokan harinya.

Secara rumusan, kem ini telah berjaya mencapai objektif dan tujuan bagi melihat atlet-atlet yang terpilih menunjukan kemampuan dan komitmen sepanjang kem ini berjalan. Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu Cikgu Sood amat berpuas hati dengan keupayaan atlet mendengar arahan disamping jurulatih-jurulatih memberi kerjasama yang baik bagi mendidik atlet-atlet muda agar mencapai kejayaan pada suatu hari nanti. Diharap kerjasama yang baik ini dapat ditunjukan pada kem-kem yang akan datang.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.