Monday, October 27, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SARAWAK : HARI PERTAMA


27 Oktober 2014 / Isnin

Pemantauan PLN Sarawak telah bermula mulai 27 sehingga 30 Oktober 2014 dimana ianya akan dijalankan oleh Pn Nurehsan Hassan bersama Cik Nency Eve Gasinau.  Bagi hari pertama lawatan, pihak kami telah menjalankan audit pengurusan program PN terlebih dahulu mulai jam 11.30 pagi sehingga 4 petang bertempat di pejabat USPTN Sarawak.  Berikut adalah elemen audit yang telah dijalankan :

1) MAKLUMAT PUSAT LATIHAN

2) MAKLUMAT / DATA JURULATIH

3) LAPORAN BULANAN JURULATIH

4) PERIODISASI MENGIKUT SUKAN

5) MAKLUMAT / DATA PERKHIDMATAN SAINS SUKAN

6) MAKLUMAT / DATA ATLET & PENCAPAIAN

7) TAKWIM TAHUNAN @ PERANCANGAN USPTN

8) TEMASYA SUKAN MALAYSIA

9) INVENTORI PERALATAN


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN
Masa Lawatan : 4.30pm – 5.30 pm
Sukan : Akuatik Terjun
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akuatik Kuching

- Jurulatih - Puan Rosatimah Mohamad
- Kehadiran Atlet : 8 orang
- Masa latihan atlet adalah 6 kali seminggu bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 8.00 malam. Hari Sabtu latihan diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang.
- Seramai 5 orang atlet berada di kumpulan A, 6 orang atlet kumpulan B, dan 7 orang atlet kumpulan C.
- Kehadiran adalah memuaskan kerana terdapat bantuan pengangkutan yang disediakan oleh pihak majlis sukan negeri bagi mengambil atlet sukan terjun dari satu tempat ke tempat latihan.

Sukan : Taekwondo
Masa Lawatan : 8.00 pm – 9.05 pm
Tempat : Kuching Taekwondo & Self Defense Club

- Kehadiran atlet adalah seramai 8 orang. Beberapa atlet lain tidak dapat menjalani latihan kerana akan menghadapi peperiksaan.
- Latihan diadakan sebanyak 6 kali seminggu dimana hari Ahad adalah hari cuti.
- Kemudahan dan peralatan yang digunakan untuk latihan adalah sepenuhnya milik persatuan.
- Kebanyakan atlet berumur antara 16 – 20 tahun dan pemilihan atlet ke dalam program adalah melalui pertandingan antara kelab di sekitar Kuching.
 - Pencapaian PLN ini adalah memuaskan dimana pada temasya Sukan Malaysia Perlis 2014, 6 pingat berjaya diperolehi iaitu 4 Emas & 2 Perak.
LAPORAN OLEH,
NUREHSAN HASSAN
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.