Thursday, October 2, 2014

PENCAPAIAN ATLET PELAPIS DI TEMASYA SUKAN ASIA INCHEON 2014

PENYERTAAN

Seramai 3 orang atlet Pelapis telah menyertai temasya Sukan Asia di Incheon Korea 2014 dengan pecahan dan maklumat atlet adalah seperti berikut :
BIL
SUKAN
NAMA
L/P
ACARA
1
Angkat Berat
Zulhilmi Md Pisol
L
56 Kg
2
Pelayaran
Nur Nabila Natasha
Mohd Nazri
P
Optimist
3
Muhd Dhiaudin Rozaini
L
Optimist

Bagi penyertaan edisi ke 16 di Guangzhao China, seramai 8 orang atlet daripada 4 jenis sukan telah layak menyertai temasya ini berbanding pada tahun ini dengan maklumat atlet adalah seperti berikut :
BIL
SUKAN
NAMA
L/P
ACARA
1
Tinju
Khir Akyazlan Azmi
L
64 Kg
2
Lawan Pedang
Yu Peng Kean
L
Sabre
( Individu )
3
Pelayaran
Ahmad Latif Khan
Ali Sabri Khan
L
Optimist
4
Nurul Izzatul Akmar Muhamad Ruzaimi
P
Optimist
5
Geh Cheow Lin
P
RSX
6
Koe Sin Yee
P
Mistral
7
Menembak
Muhamad Shahril Sahak
L
10M Air Rifle
50M Rifle 3p
50 M Rifle Prone
10M Air Rifle Team
50M Rifle 3P Team
50M Rifle Prone Team
8
Mohd Nurrahimin
Abdul Halim
L

PENCAPAIAN

Pencapaian satu pingat perak yang diperoleh semasa temasya Sukan ASIA di Guangzhao pada 2010 telah gagal diatasi ataupun dikekalkan meskipun pada awalnya atlet Muhd Dhiaudin Rozaini daripada sukan pelayaran bagi acara optimist telah dinobatkan sebagai pemenang pingat perak. Namun, pelayar daripada Singapura telah membuat bantahan ke atas pelayar negara semasa perlumbaan ke 11 dan bantahan tersebut juga diterima oleh pihak penganjur. Ini telah menyebabkan kedudukan pelayar muda kita telah jatuh ke tangga ke empat. Manakala bagi Nur Nabila Natasha pula ( optimist wanita ), beliau hanya berada di kedudukan ke 4 di belakang negara Singapura, China dan Thailand.

Bagi sukan angkat berat pula, pemenang pingat perak di Sukan Komanwel Glasgow 2014,  Zulhelmi Md Pisol telah berjaya memperbaiki angkatan beliau bagi acara 56kg lelaki Clean And Jerk dengan angkatan 140kg manakala bagi acara snatch pula adalah108kg ( Total 248kg ) dan berada di kedudukan ke 11. Angkatan beliau di Incheon juga turut menewaskan atlet India Sukhen Dey yang juga merupakan pemenang pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow 2014 yang telah membuat angkatan keseluruhan 242kg. Perbezaan pingat bagi temasya di Guangzhao 2010 dan Incheon 2014 adalah seperti berikut :

BIL
SUKAN
SUKAN ASIA
GUANGZHAO 2010
SUKAN ASIA
INCHEON 2014
E
P
G
E
P
G
1
Tinju
-
-
-
-
-
-
2
Lawan Pedang
-
-
-
-
-
-
3
Pelayaran
-
1
-
-
-
-
4
Menembak
-
-
-
-
-
-

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.