Friday, October 3, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SABAH & AUDIT 8 FAIL USPTN SABAH 2014 : HARI KETIGA

Hari ketiga pemantauan PLN Sabah telah diteruskan dengan Sandakan menjadi destinasi yang seterusnya. Pemantauan PLN telah dijalankan pada sebelah petang di venue latihan sukan gimnastik, olahraga serta tenpin boling. Sepanjang pemantauan dilakukan terdapat beberapa isu dan makluman yang dapat direkodkan.

Gimnastik
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Sandakan
Jurulatih : Zamri bin Din (JSM)
Atlet : 12 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Jurulatih memohon tambahan bajet bagi Kejohanan di semenanjung Malaysia kerana bajet bagi 2 PLN adalah tidak mencukupi.
-Memohon bantuan peralatan seperti safety pit set dan peralatan latihan kerana peralatan yang terdapat di pusat latihan adalah peralatan pertandingan semasa SUKMA Sabah 2002 dan tidak sesuai untuk menjalani latihan.
-Lantai bagi pusat latihan sudah rosak dan berlubang kerana dimakan anai-anai.

Olahraga
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Stadium Mini Sandakan
Jurulatih : Jumain Taepe (JSM)
Atlet : 7 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Kekurangan peralatan seperti medicine ball.

Tenpin Boling
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Champs Bowl Sandakan
Jurulatih : Alexander Listi Kual (JSM)
Atlet :18 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Pengarah MSN Sabah akan membantu dalam melantik seorang lagi JSM pada tahun hadapan.
-Tiada masalah lain yang melibatkan pusat latihan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.