Wednesday, October 1, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SABAH & AUDIT 8 FAIL USPTN SABAH 2014 : HARI PERTAMA

Audit 8 fail dan pemantauan Pusat Latihan Negeri Sabah telah dijalankan pada 30 September hingga 4 Oktober 2014. Pemantauan bermula dengan Audit 8 fail dan pada sebelah petang diteruskan dengan pemantauan Pusat Latihan Sukan angkat berat, memanah, badminton, gimrama, gimnastik, tenis dan akuatik renang. Pada sebelah malam pula pemantauan diteruskan ke pusat latihan tenpin boling dan taekwondo. Berikut adalah laporan ringkas audit 8 fail serta pemantauan pusat latihan mengikut sukan:-


Audit 8 Fail 
Tarikh : 30/09/2014
Masa : 11.30pg
Tempat : USPTN Sabah

Maklumat Pusat Latihan :
Mempunyai maklumat yang lengkap beserta gambar dan diletakan mengikut sukan. 

Maklumat Data Jurulatih : 
Maklumat jurulatih adalah lengkap dan telah dikemaskini mengikut sukan. Segala maklumat seperti biodata jurulatih dan sijil-sijil juga dikepilkan dan diletakan di dalam satu fail mengikut sukan masing-masing.

Laporan Bulanan Jurulatih : 
-Masih ada jurulatih yang tidak menghantar laporan mengikut bulan semasa dan hanya menghantar laporan setelah diberi teguran keras.
-KU Sabah mengambil tindakan dengan menahan elaun jurulatih yang tidak menghantar laporan. 

Periodisasi : 
-Tidak banyak sukan yang mempunyai maklumat periodisasi. Bengkel periodisasi akan diadakan pada bulan  Disember bagi semua sukan.


Maklumat / Data Perkhidmatan Sains Sukan : 
Data perkhidmatan sains sukan masih tidak lengkap kerana kurangnya penganjuran bengkel berkaitan sains sukan. Hanya laporan ujian kecergasan atlet sahaja yang dilampirkan dalam fail.

Maklumat/ Data Atlet :
Maklumat data atlet agak memuaskan kerana mempunyai maklumat atlet yang lengkap seperti ringkasan maklumat atlet, biodata atlet dan pencapaian atlet. Namun masih ada beberapa sukan yang tidak mempunyai gambar. Teguran telah dibuat agar mengemaskini maklumat atlet.

Takwim Tahunan @ Perancangan USPTN :
Lengkap, mempunyai takwim keseluruhan sukan bagi tahun 2014. 

Inventori: 
Maklumat inventori bagi tahun 2014 adalah lengkap.

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) : 
Maklumat Temasya Sukan Malaysia telah bercampur maklumat dengan fail takwim tahunan. Teguran telah dibuat agar mengasingkan kedua-dua maklumat tersebut.

Pemantauan PLN

Angkat Berat
Masa : 3.00 ptg
Tempat : PLN Kinarut Sabah
Jurulatih : En.Nicholas Wong Chi Yan (JPM) & Jerrymax Josue (JSM)
Atlet : 6 org atlet yang hadir

Isu/ Maklumat
-Keadaan PLN nampak begitu uzur dan kekurangan peralatan seperti platform, jerk block dan juga set angkat berat.
-KU Sabah memaklumkan Pengarah MSN Sabah sudi membantu dalam membaik pulih PLN Angkat Berat di Kinarut.

Memanah
Masa : 4.30
Tempat : Kompleks Sukan K.Kinabalu
Jurulatih :Jurulatih Negeri
Atlet :7 org atlet yang hadir

Isu/ makluman
-Jurulatih memaklumkan tiada masalah berkaitan pusat latihan.
-Persatuan sentiasa memberi bantuan dari segi peralatan dan kewangan.
-Kehadiran atlet tidak konsisten kerana atlet terlibat dengan aktiviti sekolah.

Badminton
Masa : 5.00
Tempat : Dewan Badminton Komplek Sukan Likas
Jurulatih : Jurulatih Persatuan
Atlet : 22 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Dewan yang mempunyai 8 gelanggang boleh dipakai sepenuhnya oleh atlet di dalam program.
-Dewan latihan sering diguna pakai bagi majlis-majlis perkahwinan dan majlis lain. Latihan badminton tudak dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Gimrama
Masa : 5.30
Tempat : Kompleks Sukan Likas
Jurulatih : Yvette Necollete (JSM)
Atlet :12 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Jurulatih memaklumkan latihan tidak dapat dijalankan sekiranya venue latihan dipakai untuk program yang lain.
-Jurulatih juga memohon bantuan bagi menaiktaraf karpet latihan kerana terlalu nipis dan boleh menyebabkan atlet tercedera.

Gimnastik
Masa : 5.45
Tempat : Kompleks Sukan Likas
Jurulatih : Noraini Jamlan (JSM)
Atlet : 15 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Jurulatih memaklumkan latihan tidak dapat dijalankan sekiranya venue latihan dipakai untuk program yang lain.
-Memohon trampoline yang baru kerana kerana trampoline yang sedia telah koyak.

Tenis
Masa : 6.00 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Likas
Jurulatih : Walter Alex (JSM)
Atlet : 8 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Jurulatih memohon bantuan bola tenis bagi menjalani latihan kerana bola yang sedia ada telah banyak rosak.
-Tiada masalah lain berkenaan pusat latihan.

Akuatik Renang
Masa: 6.30 ptg
Tempat:Pusat Akuatik Likas
Jurulatih: Vachel Voon (JSM)
Atlet: 10 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Jurulatih telah mengasingkan atlet yang baru dan lama mengikut sesi latihan masing-masing.
-Jurulatih memohon bantuan peralatan seperti medicine ball, floor mat dan matrix box
-Jurulatih kelab tiada masalah untuk menyalurkan atlet yang berpotensi ke dalam program.

Tenpin Boling
Masa : 7.00 ptg
Tempat : Centre Point 
Jurulatih : Ricky Loh Yew Moh (JPM) & Geroad Demandan (JSM)
Atlet : 11 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Tiada masalah bagi pusat latihan.
-Jurulatih mengadakan latihan pada setiap hari dan sanggup membantu dari segi kewangan bagi memastikan latihan dijalankan pada setiap hari.
-MSN Sabah sentiasa membantu sukan tenpin boling yang mempunyai 2 pusat latihan iaitu di K.Kinabalu dan Sandakan.

Taekwondo
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Tuaran Sabah
Jurulatih : Rusfredy Tokan
Atlet : 7 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Atlet berlatih di halaman rumah jurulatih kerana latihan di SMK St John hanya dapat digunakan pada hari ahad sahaja.
-Jurulatih memohon bantuan peralatan latihan seperti kicking target, mat dan body armour.





LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.