Thursday, October 2, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SABAH &AUDIT FAIL USPTN SABAH 2014 : HARI KEDUA


Hari kedua (1 Oktober 2014) di Sabah telah diteruskan dengan pemantauan pada sebelah pagi ke lokasi latihan pusat akuatik dan pelayaran. Pada sebelah petang dengan menaiki kenderaan yang disediakan oleh MSN Sabah pemantauan diteruskan ke daerah Lok Kawi bagi sukan sepak takraw dan menembak dan kemudiannya ke daerah Keningau dan Tambunan bagi memantau sukan olahraga dan juga sukan angkat berat. Berikut adalah beberapa ulasan sepanjang  pemantauan dilakukan:


Akuatik Terjun
Masa : 9.00 pg
Tempat : Pusat Akuatik Likas
Jurulatih : Anjelica Simpul (JSM) & James Sendayud (JPM)
Atlet : 3 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Proses baik pulih dry gym akan dijalankan pada tahun hadapan dan latihan di dry gym akan dijalankan di pusat latihan gimnastik sementara menunggu proses baik pulih selesai.
-Kebanyakan atlet di dalam program adalah atlet yang berasal dari luar bandar.

Pelayaran
Masa : 11.00 pg
Tempat : Tg Aru, Sabah
Jurulatih : Zainal Madi (JSM) & Shoon Yu Chin (JSM)

Isu/ Makluman
-Tiada masalah berkaitan pusat latihan.
-Kinabalu Yatching Club sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam memberi kebenaran menggunakan pusat latihan dan bot semasa latihan dan juga pertandingan.

Sepak Takraw
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dewan Masyarakat Lok Kawi
Jurulatih : Sahran Untai (JSM)

Isu/ Makluman
-Terdapat dua gelanggang yang boleh digunakan namun sedikit sempit bagi atlet menjalani latihan.
-Kadar sewa juga dikenakan setiap bulan dan MSN Sabah sudi membantu berkenaan kadar sewa ini.

Menembak
Masa : 2:30 ptg
Tempat : Lapang Sasar Menembak Lok Kawi
Jurulatih : Guriaman Datali (JSM)

Isu/ Makluman
-Lapang sasar dalam keadaan yang amat baik dan atlet tiada masalah untuk menjalani latihan.
-USPTN Sabah memohon JSM yang baru berikutan perletakan jawatan Cik  Casandra sebelum ini.

Olahraga
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Keningau
Jurulatih : Aaron Utad (JSM)
Atlet : 20 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Jurulatih memohon bantuan peralatan latihan dan pertandingan seperti medicine ball, plyometric box, alatan lontaran dan juga mini hurdles.
-Kadar sewa dikenakan oleh pihak Kompleks Sukan Keningau kepada PLN sebanyak RM 50.00 bagi sekali pinjaman peralatan olahraga.

Angkat Berat
Masa : 6.00 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Tambunan
Jurulatih : Cornelius Pawon (JSM)
Atlet : 19 org atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Tempat latihan agak sempit memandangkn jumlah atlet yang agak ramai.
-MSN Sabah dan Lembaga Sukan Sabah sudi membantu dalam menaik taraf lagi pusat latihan dan proses itu akan dijalankan dalam masa yang terdekat.
-Jurulatih akan mengambil atlet dari rumah menggunakan van jurulatih sendiri kerana jarak rumah atlet yang agak jauh dari pusat latihan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.