Saturday, October 11, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KEDUA

Tarikh : 10 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila

Pada hari ini, seramai 7 orang atlet dari program Elit dan Pelapis telah menyertai acara yang telah dipertandingkan pada hari ini iaitu acara Individual Men's Sabre dan Individual Women's Foil. Pasukan lawan bertolak dari hotel ke venue kejohanan bertempat di Philsport Complex dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur.  Perjalanan dari hotel ke venue mengambil masa lebih kurang 20minit berikutan keadaan trafik yang sangat sesak walaupun jarak antara hotel ke venue hanya 5 kilometer.

Seramai 48 orang atlet menyertai acara Men's Sabre dan seramai 33 orang telah menyertai acara Women's Foil dimana pertandingan dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Sebelum perlawanan semi-final dan final bagi kedua-dua acara dimulakan, pihak penganjur mengadakan upacara Majlis Pembukaan.

Berikut adalah senarai nama dan keputusan ( Overall Ranking) bagi kedua-dua acara.

Individual Men's Sabre :
1.  Yu Peng Kean (Elit) - Rank 7th
2. Mohammad Syafiq Rizal (Pelapis) - Rank 43
3. Jason Hoo Keng Bing (Pelapis) - Rank 41
4. Calvin Ong De Yang (Pelapis) - Withdrew due to injury

Individual Women's Foil :
1. Natasha Ezra Abu Bakar (Elit) - Rank 6th
2. Ivy Cheah Hsiao Yong (Pelapis) - Rank 26th
3. Anis Syaqireen Jamaludin (Pelapis) - Rank 29th

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (11 Oktober) adalah Individual Men's Epee dan Individual Women's Sabre.
Sekian laporan pada hari ini.

Disediakan oleh;
Siti Marina Arshad
Pengurus Sukan Pelapis 

2 comments:

  1. tumpang tanya, dekat mana pusat latihan lawan pedang di perak?...

    ReplyDelete
  2. sila berhubung dengan MSN Perak tentang perkara ini memandangkan pihak Pelapis tidak menjalankan program latihan bagi sukan lawan pedang di peringkat negeri

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.