Saturday, October 4, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SABAH & AUDIT FAIL USPTN SABAH 2014 : HARI TERAKHIR

3 Oktober 2014 merupakan hari terakhir pemantauan pusat latihan Sabah dilakukan dimana Tawau menjadi destinasi yang seterusnya. Tinjauan telah dilakukan di 2 sukan iaitu pada sukan Olahraga di SK Bombalai Tawau dan sukan Skuasy di Kompleks Sukan Tawau. Berikut adalah sedikit laporan bagi setiap pemantauan dilakukan:

Olahraga
Masa : 3.30 ptg
Tempat : SK Bombalai Tawau
Jurulatih : Dzulfikar Awang Anak (JSM)
Atlet :15 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-PLN yang asal adalah di Kompleks Sukan Tawau dan ditukar ke SK Bombalai kerana masih dalam proses baik pulih. Tujuan baik pulih ini adalah kerana Tawau akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Sabah (SAGA).
-Trek latihan di Kompleks Sukan Tawau dipotong dan diletakan di sekolah setelah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
-Hanya dapat melakukan latihan bagi acara pecut akibat dari proses baik pulih ini kerana sekolah tidak mempunyai ruang yang banyak untuk melakukan acara middle long distance, lontaran dan juga lompatan.
-USPTN Sabah memohon untuk menjadikan SK Bombalai ini sebagai Pusat Penggalakan Sukan pada tahun hadapan.

Skuasy
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Tawau
Jurulatih : Mohd Rafee (JSM)
Atlet : 3 orang atlet yang hadir

Isu/ Makluman
-Atlet tidak dapat hadir pada sesi sebelah petang kerana terlibat dengan aktiviti sekolah dan persediaan bagi peperiksaan PT 3 dan USPR.
-Kompleks Sukan mengenakan sewa setiap bulan sebanyak RM 160 dan ditanggung oleh pihak persatuan.

Secara kesuluruhannya, kebanyakan PLN di Sabah adalah sangat aktif berikutan kepesatan atlet di setiap venue latihan dan kemudahan Kompleks Sukan di setiap daerah. Pihak-pihak seperti Unit Sukan Prestasi Tinggi Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Sabah dan Persatuan Negeri banyak membantu setiap PLN yang ada dalam setiap aspek bagi melihat kemajuan sukan di Sabah.

LAPORAN OLEH, 
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.