Friday, October 10, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI PERTAMA


Tarikh : 9 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila


Cawangan Pelapis bersama Persekutuan Lawan Pedang Malaysia telah menghantar pasukan Lawan Pedang Program Khas Pelapis dengan kekuatan seramai 10 orang atlet, jurulatih dan pengurus pasukan untuk menyertai edisi ketiga kejohanan AFCU23 kali ini.

Pasukan lawan pedang telah bergerak ke KLIA seawal 4.30 pagi bagi urusan daftar masuk dan menaiki penerbangan pada jam 8.10 pagi. Penerbangan  yang mengambil masa selama hampir 4jam dan selamat tiba di Manila, Filipina pada pukul 12.00 tengahari. Setibanya di Ninoy Aquino International Airport, kami telah disambut oleh pihak penganjur dan dibawa ke Holiday Inn Manila Galleria iaitu hotel rasmi kejohanan. Setelah urusan pendaftaran penginapan di hotel selesai,  para atlet bergerak ke venue bagi menghadiri sesi Weapon Check dan latihan.

Pada hari ini juga Team Managers Meeting turut diadakan dimana kesemua pengurus pasukan diberi taklimat mengenai teknikal pertandingan, peraturan pertandingan serta pendaftaran akhir peserta.

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (10 Oktober) adalah Individual Men's Sabre & Individual Women's Foil.

LAPORAN OLEH,
SITI MARINA ARSHAD
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.