Sunday, October 19, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/ 2014 : HARI KEDUA

Pada hari kedua Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/ 2014 berlangsung atlet telah menjalani aktiviti seawal jam 7.00 pagi di mana perhimpunan pagi diadakan di perkarangan asrama Majlis Sukan Negeri Perlis. Perhimpunan telah dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan diikuti dengan senaman pagi.

Pada pukul 8.00 pagi satu sesi ceramah tentang Camp Orientation & Briefing telah diberikan kepada atlet oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan En.Azri Yusoh. Penerangan ini lebih menjurus kepada perkara yang perlu dilakukan oleh atlet sepanjang kem ini berlangsung. Atlet diberi buku panduan bagi memudahkan mereka memahami serta mengikuti segala aktiviti yang telah disediakan.

Seterusnya pada pukul 10.00 pagi atlet diberi pemahaman tentang bagaimana untuk menjaga dan mengendali basikal dengan baik. Atlet banyak mendapat maklumat secara teori dan praktikal semasa 2 jam ceramah ini berlangsung. Ceramah yang bertajuk Bike & Care ini telah dikendalikan oleh En.Junaidi dari Jurulatih Pelapis Kebangsaan.

Pada sebelah petang satu lagi sesi ceramah yang bertajuk Bike Set Up Biomekanik telah diberikan oleh Jurulatih Pelapis Negeri iaitu En. Mohd Ghaffuan Ghazali dari negeri Kedah. Sesi ini banyak berkisar tentang anatomi basikal kerana atlet kebanyakan masih tidak tahu nama, jenis dan kegunaan bahagian-bahagian tertentu basikal itu sendiri. Penerangan secara mendalam ini banyak membantu atlet dalam memahami selok belok kegunaan basikal semasa menjalani latihan dan semasa kejohanan berlangsung.

Pada jam 5.00 petang, satu latihan telah dijalankan di mana kayuhan sejauh 50 km telah dilalui oleh semua atlet yang terlibat pada kem kali ini. Kayuhan ini dilakukan di sekitar negeri Perlis Indera Kayangan. Jurulatih Pelapis Kebangsaan banyak membuat teguran tentang teknik-teknik tunggangan dan kayuhan semasa latihan berjalan.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.