Tuesday, October 21, 2014

LAPORAN KEJOHANAN 12th INDONESIA INTERNATIONAL OPEN BOWLING 2014

TARIKH : 20 - 24 OKTOBER 2014 
TEMPAT : JAYA ANCOL BOWLING CENTER, JAKARTA INDONESIA

 Hari Pertama (20 OKT 2014)

Pasukan Pelapis Kebangsaan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Kongres Tenpin Boling Malaysia telah menghantar seramai 11 orang atlet pelapis kebangsaan yang terdiri daripada ‎8 atlet centrelized 3 atlet discentrelised untuk menyertai Kejohanan 12th Indonesia International Open Tenpin Bowling yang bermula pada 20 Oktober - 24 Oktober 2014 bertempat di Jaya Ancol Bowling Center, Jakarta Indonesia. Para atlet akan bermain untuk kategori Single, Youth U20 dan Mens Open dan senarai nama pemain adalah seperti di bawah :

1. Wan Nadzmi Fikri Mohd Faisal (PK)
2. Prasert Ananthaporn (PK)
3. Qalif Adnor Adam (PK)
4.‎ Syed Mohd Hafiz Syed Hussin (PK)
5. Daniel Tan(MTBC)
6. Qistina Zainal Abidin (PK)
7. Sh. Nurfatimah Syed Hussin (MTBC)
8. Nerosha Keligit (MTBC)
9. Sheena Ayesha Dina Rizal (PK)
10. Nadine Kong (PK)
11. Siti Aishajan Hussin (PK)

Pasukan Pelapis Kebangsaan telah telah bertolak dari Kuala Lumpur Jam 9.05 pagi dan tiba di Jakarta jam 11 pagi waktu Indonesia di airport Jakarta dan memilih Aston Marina Ancol ‎sebagai tempat penginapan atlet sepanjang kejohanan berlangsung. Pada jam 2.00 pm satu taklimat telah diadakan oleh jurulatih iaitu Cik Wendy Chai bagi menerangkan jadual perlawanan yang akan bermula petang ini jam 5 petang bagi kategori single lelaki dan wanita. Selepas itu, games bersambung bagi penentuan MQ qualifying pusingan hingga tamat jam 8.30 malam untuk 3 perlawanan sahaja dan akan bersambung keesokan hari.

Dilampirkan gambar perjalanan pasukan dan sekitar perlawanan qualifying dijalankan pada petang sehingga malam tadi.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh,
Norishah Sabidi
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.