Monday, October 20, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/ 2014 : HARI KETIGA

Hari ketiga Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/ 2014 diteruskan seawal jam 6.30 pagi dengan perhimpunan atlet berbasikal. Diiringi dengan doa dan lagu negaraku atlet dilihat begitu bersemangat dalam meneruskan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Perhimpunan atlet pada hari ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Pelapis Negeri En.Mohd Labib dari negeri Terengganu.

Aktiviti yang seterusnya bermula jam 8.00 pagi iaitu latihan berbasikal sejauh 80 km pada asalnya terpaksa ditunda ke sebelah petang akibat hujan lebat dan digantikan dengan aktiviti kelas. En.Junaidi Nasir dan En.Mohd Azri Yusoh dari Jurulatih Pelapis Kebangsaan telah mengendalikan sesi ceramah Pengenalan Sukan Berbasikal bagi acara Road & Track. Pengisian ceramah ini menjurus kepada acara-acara yang dipertandingkan, peraturan pertandingan dan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan sebelum dan semasa pertandingan.

Pada sebelah petang, latihan basikal telah dijalankan di perkarangan stadium pada jam 3.00 petang di mana semua jurulatih telah terlibat dalam mengendalikan sesi latihan "Cornering Skill". Aktiviti diteruskan dengan latihan "Easy Ride" sejauh 40 km di sekitar negeri Perlis Indera Kayangan.

Pada kem bakat kali ini, Pihak Cawangan Pelapis telah menjemput ikon sukan negara dalam sukan berbasikal iaitu En.Mohd Edrus Yunos untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai atlet negara serta kejayaan-kejayaan manis yang dikecapi oleh beliau. Ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada atlet dalam mengharungi hari-hari yang mendatang dalam sukan berbasikal.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.