Wednesday, October 15, 2014

BENGKEL PENGUKUHAN PROGRAM PELAPIS 2014 : HARI KEDUA


TEMPAT : SUTRA BEACH RESORT, TERENGGANU
TARIKH : 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

Hari ini merupakan hari kedua bengkel dimana aktiviti pada awal pagi ialah sesi Team Building oleh Team Explora Malaysia. Aktiviti ini disertai oleh semua pegawai termasuklah Pengarah Cawangan Pelapis sendiri iaitu Encik Jefri Ngadirin. Sesi pagi menyaksikan tiga jenis stesen telah disediakan oleh pihak instruktor team building dimana para peserta diuji dari segi fizikal dan juga mental. Walaupun hujan pada lewat jam 11 pagi namun aktiviti masih diteruskan di dalam dewan Seri Utama. Jika sebelum ini aktiviti sedemikian dijalankan oleh para pegawai kepada atlet-atlet di bawah program Pelapis namun kali ini, para pegawai sendiri merasai aktiviti seperti ini.

Sesi petang pula bermula pada jam 2.30 petang dengan sesi pembentangan pertama oleh Pengarah Cawangan Pelapis. Di dalam pembentangan tersebut, beliau menerangkan kepada pegawai-pegawai baru mengenai sejarah penubuhan Program Pelapis serta perjalanan program sehingga kini. Sesi yang kedua pula ialah sesi bersama Encik Azrul Hisyam selaku Ketua Unit Pelapis Kebangsaan. Pembentangan seterusnya diteruskan pada jam 8.30 malam iaitu sesi bersama Ketua Unit Pelapis Serantau, Encik Megat Ahmad Kushairy dan seterusnya bersama Ketua Unit Pelapis Negeri, Encik Rashid Ramli.

Di dalam semua pembentangan, para PPN diingatkan agar sentiasa peka terhadap tugas masing-masing dan tidak leka kepada tugas hakiki di USPTN disamping melakukan tugas-tugas yang lain. Beberapa aspek juga turut disentuh seperti dari segi pentadbiran, pelaporan dan banyak lagi. Sesi pembentangan Ketua Unit berakhir pada pukul 10.30 malam dan aktiviti seterusnya akan disambung semula pada esok pagi.




















No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.