Thursday, May 19, 2011

Kem NADI



Salam bos,

Hari Ketiga
Tarikh : 18 Mei 2011
Masa : 6.10am - 3.00am
Tempat : Kem NADI - Sungkai, Perak
Sukan : Pelayaran, Menembak, Lawan Pedang (Sabre) & Akuatik (Terjun)
Jumlah Atlet : 35 orang (7 Elit)
Jumlah Jurulatih : 4 orang
Jumlah Urusetia : 5 orang (1 ISN)

Laporan :

Hari ke-3 bermula sama seperti semalam dengan solat subuh di surau, perbarisan pagi, sesi warm-up dan tepat jam 7.10am semua atlet memulakan larian 'flora & fauna' iaitu merentasi hutan belantara.

Pada jam 9.00am program 'mengurus kejayaan & transformasi kejayaan individu atlet' bermula sehingga jam 1.00pm yang diakhiri dengan ucapan dari jurulatih menembak iaitu En. Baharuddin. Jam 3.00pm, program 'transformasi kejayaan individu pasukan' telah dimulakan dan ia merupakan sesi luahan perasaan atlet terhadap persekitaran semasa dalam sukan masing-masing. Sesi tersebut berakhir pada jam 5.00pm dan atlet dibenarkan mengadakan aktiviti riadah sendiri.

Selepas makan malam pada jam 9.00pm, semua atlet dikehendaki berada di dalam dewan NADI Lestari untuk program 'Hari Baru Azamku' dan taklimat untuk aktiviti 'Meniti Cahaya Rimba'. Program terakhir untuk malam ini akan dimulakan tepat pada jam 11.00pm dan dijangkakan berakhir pada jam 3.00am. SELAMAT MENITI CAHAYA RIMBA kepada semua atlet!!!

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.