Thursday, May 19, 2011

KEM KETAHANAN MENTAL & BINA PASUKAN PELAPIS KEBANGSAAN 01/2011- Hari Terakhir



Hari Keempat (Terakhir)
Tarikh : 19 Mei 2011
Masa : 6.10am - 2.00pm
Tempat : Kem NADI - Sungkai, Perak
Sukan : Pelayaran, Menembak, Lawan Pedang (Sabre) & Akuatik (Terjun)
Jumlah Atlet : 35 orang (7 Elit)
Jumlah Jurulatih : 4 orang
Jumlah Urusetia : 4 orang (1 ISN)

Laporan :

Hari ke-4 semua atlet mengerjakan solat subuh di surau. Keletihan jelas terpancar diwajah mereka setelah menjalani aktiviti 'Meniti Cahaya Rimba' yang tamat pada jam 3am. Pada jam 9.45am semua peserta telah siap dengan pakaian rasmi Majlis 'baju harinmau' dan bersedia untuk menjalani program terakhir di hari terakhir ini. Atlet menyanyi lagu semangat bagi kem ini dan seterusnya mereka dipilih oleh pasukan masing-masing untuk menceritakan pengalaman luarbiasa mereka sewaktu merentasi halangan di dalam hutan dalam kegelapan malam.

Selepas itu, Pakya memberikan rumusan keseluruhan berkenaan semua aktiviti yang telah dijalankan di dalam program selama 3 malam 4 hari. Pakya juga ada memaklumkan apa yang dilalui semalam oleh semua atlet merupakan proses 'pengsungkaian' untuk diri masing-masing atau pembaharuan diri untuk memulakan sesuatu yang baru dan meninggalkan apa yang lepas. Pada jam 10.45am modul 'pedas manis' pula dimulakan, ia adalah aktiviti menghidupkan 'ADDIN MUNASIHAH' iaitu mengenali kebaikan dan keburukan kawan dan memberikan komen yang baik untuk menaikkan kembali semangat diri. Tepat jam 1.30pm bermula acara penutupan 'Kem Ketahanan Mental & Pembinaan Pasukan' oleh Nadi dengan ucapan dari Pakya dan penyerahan kembali semua atlet kepada pihak MSN iaitu Cik Nor Aleeya (HEA) serta sedikit ucapan dari wakil atlet iaitu Nik Ashraf (Pelayaran).

Selepas itu, pihak NADI mengedarkan borang soal jawab untuk penilaian semasa tentang program yang telah dijalankan dan diikuti pula dengan acara penyerahan sijil kepada atlet yang terlibat, penyerahan cenderahati dari NADI & dari MSN. Acara tamat pada jam 2.30 dengan sesi bergambar & makan tengahari.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT!

Laporan disediakan oleh:
Norjihan Bashah

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.