Monday, May 9, 2011

KARNIVAL PELAPIS 01/2011 KOTA BHARU KELANTAN

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

MAKLUMAT VENUE PERTANDINGAN

STATISTIK PENYERTAAN


Majlis Sukan Negara melalui MSN Kelantan dan USPTN Kelantan akan menganjurkan Karnival Pelapis 01/2011 di sekitar Kota Bharu sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet muda yang berbakat. Melalui karnival seperti ini lebih ramai atlet-atlet muda yangs edang menjalani latihan harian di seluruh negara akan berpeluang untuk menguji keberkesanan program latihan harian mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan potensi sebenar diri masing-masing. Kontingen negeri yang diuruskan oleh USPTN masing-masing dijangka akan tiba pada 10 dan 11hb Mei ini di Kota Bharu. Dijangkakan seramai 1180 orang atlet dan pegawai akan berkampung di kota Bharu dari 10 hingga 16 Mei ini.

Pihak Cawangan Pelapis akan mula bersiaran secara langsung melalui blog, facebook dan twitter bermula pada 11hb Mei nanti. Semua laporan harian dan keputusan terkini akan di muatnaik melalui ketiga-tiga medium tersebut.

Jadual Pertandingan
1. Gimnastik Artistik disini
2. Angkat Berat disini
3. Tinju disini
4. Gimrama disini.
5. Sepak Takraw disini.

Pihak Majlis Sukan Negara mengucapkan Selamat Bertanding kepada semua atlet dan kepada semua USPTN tahniah atas usaha yang berterusan menguruskan kontijen negeri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.