Thursday, September 10, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA : HARI KETIGA

9 September 2015
Apia, Samoa

Hari ketiga penyertaan kontinjen Malaysia melibatkan sukan Akuatik Renang, Skuasy, Lawn Bowls, Memanah, Olahraga dan Tenis. Bermula sesi pagi pertandingan, sukan Tenis yang diwakili oleh Koay Hao Sheng bagi acara perseorangan tewas pada peringkat suku akhir kepada pemain dari Cyprus. Turut gagal menyumbang pingat hari ini adalah daripada sukan Olahraga dimana bagi acara 200m, Rusell Alexender sekadar menamatkan perlumbaan ditempat ke 7 di peringkat separuh akhir. Bagi acara 400m lari berpagar yang diwakili oleh Quek Lee Yong turut sekadar menduduki tempat ke 4 dengan catatan masa 52.45 saat. Hari ini, pasukan Skuasy negara bertanding bagi 3 acara iaitu bergu lelaki, wanita dan campuran melibatkan peringkat kumpulan. Semua perlawanan kemenangan berpihak kepada ​pasukan Malaysia dan akan bersambung esok peringkat separuh akhir dan akhir bagi acara bergu campuran. Manakala bergu lelaki dan wanita berbaki satu perlawanan untuk penentuan pingat kerana format pertandingan adalah 'round robin'. 

Manakala, sukan Lawn Bowls meneruskan cabaran bagi acara bergu campuran dengan menamatkan perlawanan pada hari ini di peringkat kumpulan dengan 2 kemenangan dan satu kekalahan. Skuad Lawn Bowls perlu menang bagi pada perlawanan esok menentang England untuk layak ke peringkat suku akhir. Sukan renang hari ini menambahkan lagi kegembiraan kepada kontinjen Malaysia apabila atlet Wong Fu Kang dan Welson Sim masing-masing menyumbangkan pingat Emas dalam acara 50m Breastroke dan 400m Freestyle. Dengan kemenangan pada hari ini, sukan Renang telah memungut 3 pingat Emas dan 2 Perak yang menjadikan sukan yang menyumbang pingat terbanyak bagi kontinjen Malaysia sehingga hari ini.

Secara keseluruhannya, tambahan pingat dari sukan Renang menjadikan pingat keseluruhan kontinjen Malaysia pada hari ini adalah 7 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa. Kontinjen Malaysia menduduki tempat 4  keseluruhan di bawah Australia (17 E, 11 P, 13 G), Afrika Selatan (10 E 5 P 10 G) dan England (7 E 12 P 12 G).

Sekian

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.