Wednesday, September 9, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA : HARI KEDUA

8 September 2015

Apia, Samoa

Kontinjen Malaysia turun beraksi pada hari kedua pertandingan dengan cabaran menambah pungutan pingat setelah berjaya memperolehi 2 pingat Perak menerusi atlet sukan Renang iaitu Welson Sim dalam acara 200m Freestyle serta 1500m Freestyle dan 1 pingat Gangsa menerusi Rony Jesos bagi kategori 56 kg dalam sukan Angkat Berat pada hari pertama pertandingan. Turut melakar sejarah pada hari pertama adalah apabila Welson Sim membuat catatan masa menyamai Rekod Kebangsaan yang dipegang oleh Daniel Bego pada tahun 2009 dengan catatan 1:49.22s bagi acara 200m Freestyle. Hari kedua melibatkan penyertaan 8 jenis sukan daripada kontinjen Malaysia iaitu Akuatik Renang, Angkat Berat, Memanah, Lawn Bowls, Squash, Tenis, Tinju dan Olahraga. 

Sukan Skuasy membawa khabar gembira apabila perseorangan lelaki dan wanita iaitu Ng Eain Yow dan Sivasangari dengan mudah menewaskan lawan masing-masing dan berjaya menggondol 2 pingat Emas. Disusuli itu, pasukan Angkat Berat beraksi cemerlang pada edisi Sukan Remaja Komanwel kali ini dengan memperoleh dua pingat Emas pada hari kedua. Pingat tersebut disumbangkan oleh atlet muda negara iaitu Nur Atikah Mahamad Sabri (kat 58 kg) dan Muhammad Erry Hidayat (kat 69 kg). Kejayaan bagi skuad Angkat Berat turut dikongsi dengan pencapaian atlet wanita yang pertama memenangi pingat Emas di Sukan Remaja Komanwel. Dari pusat Akuatik turut membawa berita gembira bagi kontinjen Malaysia apabila atlet Wong Fu Kang dari sukan Renang memperoleh pingat Emas menerusi acara 100m Breastroke. Selain itu, tambahan pingat 1 pingat Gangsa turut diperolehi dari sukan Lawn Bowls bagi acara perseorangan wanita iaitu Nur Ain Nabilah. 

Bagi sukan memanah, Ariffudin Nur dan Nuramalia telah berjaya melayakkan diri ke pusingan 'Elimination' acara perseorangan dan akan berlangsung pada 9 September 2015. Turut mengiringi ke pusingan seterusnya adalah daripada sukan Olahraga iaitu Quek Lee Yong yang akan beraksi di peringkat akhir acara 400m hurdles dan Russel Alexender yang akan ke peringkat separuh akhir acara 200m. Sukan Tinju telah tamat pada hari ini yang mana keempat - empat wakil daripada Malaysia tewas bagi lawan masing-masing

Secara keseluruhannya, pada hari kedua pertandingan kontinjen Malaysia memperolehi 5 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa dan menjadikan jumlah keseluruhan pingat adalah 5 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.