Monday, June 8, 2015

#SG2015 : RANGKUMAN AKSI ATLET MALAYSIA 08.06.2015

Pasukan Gimnastik Artistik Wanita melakukan kejutan hari ini apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara berpasukan. Isu pendaftaran atlet sebelum ini ditutup dengan kejayaan cemerlang pasukan gimnastik wanita ini. Syabas di ucapkan kepada Farah Ann Abdul Hadi, Siti Nur Bahirah Husniyah Ahmad, Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Michelle Raymund Jayadev, Tang Inn Yueh dan Tracie Ang kerana berjaya menaikan nama negara.


Seperti dijangka, penerjun-penerjun Negara tidak mempunyai sebarang halangan untuk menguasai acara masing-masing di Pusat Akuatik OCBC Singapura. Pengusaan penerjuan Negara sangat ketara meninggalkan penerjun Negara lain dengan jurang yang besar. Tahniah kepada semua pemenang iaitu Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei, Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet yang memenangi acara masing-masing. 

Muhammad Fauzi Kaman Shah, Muhammad Dhiauddin Rozaini, Abdul Latif Mansor, Nur Aisah Rose Ramlee dan Nor Nabila Natasha Mohd Nazri meletakkan pasukan pelayaran Negara mendahului kutipan pingat di National Sailing Centre.  Gandingan atlet-atlet muda ini berjaya memecahkan penguasaan pelayar Singapura yang diramal akan mendominasi sukan perlayaran ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka kerana memenangi pingat emas dalam acara optimist berpasukan.


Wong Fu Kang akhirnya berjaya mendapat pingat emas pertamanya di Sukan Sea apabila memenangi acara 100m Breaststroke sekali gus mencatat rekod baru kebangsaan iaitu 1:02.46.

Sorakan padu penyokong tuan rumah memberi impak kepada corak permain pasukan bola jaring Negara dan mereka tewas 43-46 di tangan pasukan bola jaring Singapura yang membalas kekalahan di Kuala Lumpur pada Temasya Sukan Sea 2001.


LAPORAN OLEH,
JEFRI NGADIRIN
PEMANGKU PENGARAH
BAHAGIAN ATLET, MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.