Thursday, June 4, 2015

#SG2015 : RANGKUMAN AKSI ATLET MALAYSIA - 03.06.2015

Pasukan Renang Irama Negara cemerlang di hari kedua pertandingan apabila memenangi pingat perak dalam acara Team Technical and Free Routine. Gandingan atlet baru dan lama nampaknya begitu serasi apabila hampir mengatasi pasukan tuan rumah Singapura. Kartina Ann Abdul Hadi, Lee Yhing Huey, Foong Yan Nie, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Gan Hua Wei, Kwong Zhi Kei, Lee Yiat Lum dan Lee Yiat Xin membuktikan mereka juga mempunyai potensi besar untuk meneruskan cabaran dan menyumbang kepada pungutan pingat Negara.

Dalam acara Duet Technical and Free Routine, dua atlet renang irama Negara iaitu Kartina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey meneruskan pengusaan pada hari pertama dengan mendahului persaingan dalam pusingan ke dua. Esok adalah penentu dimana pasangan ini dijangka akan menyumbang pingat emas pertama Negara.

Natasha Ezzra Abu Bakar tidak berjaya meneruskan cabaran di dalam acara Foil Wanita Individu apabila tewas kepada peserta Singapura  Wang We Ying di peringkat suku akhir. Natasha yang berjaya merapatkan saingan hingga mengikat mata 14-14 gagal mengawal pertahanan dan akhirnya memberi mata kemenangan kepada Wang We Ying untuk maju ke pusingan separuh akhir.

Kekecewaan kem pasukan lawan pedang Negara di tebus oleh Yu Peng Kean apabila memunggut pingat gangsa dalam acara sabre individu lelaki setelah tewas di pusingan separuh akhir kepada atlet dari Vietnam Vu Thanh An dengan kiraan mata 5-15.

Pasukan ping pong masih mencari peluang untuk menambah pungutan pingat kepada kontinjen Negara dalam acara perseorangan lelaki dan wanita yang masih berada dalam pusingan awal. Muhd Shakirin Ibrahim, Ng Sock Khim dan Lee Rou You meneruskan cabaran pasukan apabila menewaskan pencabar masing-masing.


Pasukan bola jaring Negara meneruskan cabaran di dalam persaingan peringkat kumpulan menentang Brunai yang berkesudahan dengan keputusan 82-24. Esok pasukan ini akan menentang Thailand pada jam 3.30 petang.
LAPORAN OLEH,
JEFRI NGADIRIN
PEMANGKU PENGARAH
BAHAGIAN ATLET MSN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.