Thursday, June 4, 2015

LAPORAN HARIAN KEM PEMILIHAN ACC 2016 & FAST TRACK (TRACK ENDURANCE) SUKAN BERBASIKAL

Tempat : MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 2 - 12 Jun 2015
Penyertaan : 30 orang atlet & 7 orang jurulatih/pegawai

KEM PEMILIHAN ACC 2016

Kem pemilihan yang dijalankan secara tahunan ini bertujuan memilih pelumba-pelumba tambahan bagi menyokong pelumba yang sedia ada di dalam Program Pelapis Kebangsaan untuk ke Kejohanan ACC 2016 yang akan berlangsung pada bulan Januari di Shuzenji, Jepun.

Seramai 15 orang atlet dari seluruh negara telah terpilih pada kem kali ini dimana program latihan akan diketuai oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan Cikgu Suod dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih lain termasuk dari luar program MSN seperti Mahazir Hamad.

Hari pertama dimulakan dengan taklimat kem daripada ketua jurulatih serta sesi pengenalan diri daripada jurulatih dan juga pelumba.

KEM FAST TRACK (TRACK ENDURANCE)

Objektif kem ini adalah untuk memilih pelumba tambahan bagi memberi lebih saingan kepada sepuluh pelumba sedia ada bagi mempersiapkan pasukan bagi kategori-kategori "Track Endurance" dan juga perancangan jangka panjang seperti Temasya Sukan Sea pada tahun 2017. Seramai 15 orang pelumba telah terpilih pada kem kali ini.

Hari pertama setiap pelumba diambil data- data bagi ujian-ujian yang akan dibuat semasa di dalam kem ini. Setelah data diambil jurulatih membawa pelumba-pelumba untuk kayuhan santai selama dua jam bagi sesi pagi iaitu kira-kira 60km.

********************************************************************************

Sesi petang adalah sesi "bike set up" yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan iaitu Mahazir Hamad. Sesi ini bertujuan mengajar pelumba-pelumba untuk lebih mendalami cara-cara pengendalian basikal serta ukuran sebenar basikal mengikut badan masing-masing.

Selesai sesi tersebut pelumba-pelumba "junior" (Kem Pemilihan ACC) dibawa ke MSN bagi latihan ringan (Roller) di bawah kendalian jurulatih Ghaffuan Ghazali manakala pelumba senior diberi rehat.

Sesi malam pelumba-pelumba diberi peluang untuk mendapatkan nasihat daripada tokoh sukan berbasikal iaitu Datuk Ng Joo Ngan. Beliau telah memberi nasihat, pandangan serta berkongsi pengalaman beliau semenjak 40 tahun penglibatan beliau didalam sukan berbasikal.


LAPORAN OLEH,

Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz
Pengurus Sukan Berbasikal
Bahagian Atlet, MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.