Friday, June 5, 2015

#SG2015 : RANGKUMAN AKSI ATLET MALAYSIA 04.06.2015

Kejayaan pasangan renang irama Negara iaitu Kartina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey memenangi pingat emas pertama negara bagaikan pembakar semangat kepada Kontinjen Negara untuk memburu lebih banyak pingat didalam sukan masing-masing. Pasangan emas ini telah berjaya mengekalkan pingat emas Negara dalam acara yang sama di Temasya Sukan Sea Palembang pada tahun 2011.

Sekali lagi Kartina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey bersama perenang yang lain telah menyumbang pingat perak kepada Negara melalui acara Team Free Combination Routine apabila menduduki ranking kedua dari pasukan renang irama tuan rumah yang menggunakan sepenuhnya sokongan padu penyokong tempatan untuk menguasai kolam renang di Pusat Akuatik OCBC Singapura.
Ng Sock Khim dari sukan ping pong nyaris mencipta sejarah apabil tewas kepada pemain muda dari Thailand iaitu Sawettabut Suthasini dalam perlawanan akhir yang penuh dengan debaran dan drama tersendiri. Ng Sock Khim yang berumur 31 tahun gagal mengawal perasaan di saat akhir perlawanan apabila melakukan beberapa kesilapan mudah yang di manfaatkan oleh pemain Thailand untuk menewaskan beliau dengan 4-3. Ng Sock Khim yang di sasarkan untuk membawa pulang pingat gangsa telah membuktikan bahawa umur beliau tidak boleh dijadikan sandaran untuk tidak mencuba nasib untuk memenangi pingat emas. Tahniah kepada beliau dan pasukan ping pong Negara.

Pasukan lawan pedang Negara masih mencari formula yang mampu menjelmakan pingat emas untuk mereka pada hari ke 2 pertandingan lawan pedang di Dewan 2 Arena OCBC. Nurul Affiq Nazril Bin Ismail hanya mampu layak ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada Vietnam 8-15.
Pasukan bola jaring Negara masih meneruskan kemenangan di peringkat kumpulan apabila menewaskan Thailand 71-32. Kem pasukan bola jaring di ceriakan dengan kedatangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang sudi memberi kata-kata semangat kepada mereka sebelum perlawanan.




LAPORAN OLEH,
JEFRI NGADIRIN
PEMANGKU PENGARAH
BAHAGIAN ATLET MSN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.