Sunday, June 7, 2015

LAPORAN HARIAN KEM PEMILIHAN ACC 2016 & FAST TRACK (TRACK ENDURANCE) SUKAN BERBASIKAL

Tempat : MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 2 - 12 Jun 2015
Penyertaan : 30 orang atlet & 7 orang jurulatih/pegawai

KEM PEMILIHAN ACC 2016

Hari ini giliran atlet-atlet "junior" menjalani ujian "Wattbike" pada sesi pagi dengan kesemua atlet diuji dengan ujian yang sama bagi menilai tahap kekuatan dan ketahanan disamping mengambil profil setiap atlet bagi tujuan penyimpanan data.

Sesi petang latihan seperti biasa di trek dengan jurulatih menerapkan latihan kepada cara-cara serta teknik perlumbaan di dalam trek. Terdapat beberapa atlet yang masih kekok kayuh di atas trek memandangkan latihan mereka di negeri hanya di atas jalanraya.

Sesi video pada waktu malam bagi kesemua atlet "junior" dan "senior" menayangkan beberapa video kejohanan-kejohanan lepas yang disertai oleh atlet negara. Tayangan ini bertujuan memeberi sedikit gambaran bagaimana perlumbaan diperingkat lebih tinggi serta ulasan daripada jurulatih tentang teknik, taktik, kesalahan, peraturan dan pelbagai lagi isu-isu yang akan timbul semasa perlumbaan diperingkat tertinggi. Dengan sesi video ini atlet-atlet dilihat lebih bermotivasi untuk capai tahap lebih tinggi dalam karier sebagai atlet berbasikal.

KEM FAST TRACK (TRACK ENDURANCE)
  
Latihan hari ini atlet-atlet menjalani latihan bersama-sama pasukan senior (NSC Continental) dengan latihan meliputi jarak sejauh 120km. Atlet-atlet dilihat lebih bersemangat walaupun pada awalnya mereka dilihat agak takut dan malu untuk sama-sama menjalani latihan.

Atlet diberi rehat pada waktu petang dengan taklimat ringkas daripada jurulatih bagi menerangkan program latihan yang akan datang bagi memudahkan atlet bersedia dari segi mental dan fizikal.

Sehingga hari ini kesemua atlet "junior" dan "senior" masih di dalam keadaan baik dan bersemangat untuk terus menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.