Friday, June 5, 2015

LAPORAN HARIAN KEM PEMILIHAN ACC 2016 & FAST TRACK (TRACK ENDURANCE) SUKAN BERBASIKAL

Tempat : MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 2 - 12 Jun 2015
Penyertaan : 30 orang atlet & 7 orang jurulatih/pegawai

KEM PEMILIHAN ACC 2016

Hari kedua kem, sesi pagi atlet dibawa menjalani kayuhan dijalanraya sejauh lebih kurang 100km dari Bukit Jalil sehingga ke Mantin bagi melihat teknik dan skil kayuhan secara berpasukan serta ketahanan setiap atlet.

Sesi petang latihan di trek dimana atlet diberi tunjuk ajar mengenai peraturan-peraturan di trek dari segi semasa perlumbaan dan juga peraturan-peraturan am di trek. Disamping itu atlet telah diajar mengenai teknik-teknik serta skil bagi perlumbaan di trek.

Atlet telah diberi rehat pada waktu malam kerana keesokan harinya kesemua atlet akan diuji di makmal ISN menggunakan "Wattbike" Ujian ini bertujuan mendapatkan data-data setiap atlet serta menguji tahap ketahanan setiap atlet dari segi "endurance" serta "power

KEM FAST TRACK (TRACK ENDURANCE)

Sesi pada hari ini kesemua atlet telah dibawa ke makmal ISN bagi ujian "Wattbike" bagi mendapatkan data-data dan profil setiap atlet. Atlet dibahagikan kepada tiga kumpulan kerana peralatan yang tidak mencukupi.

Sesi "Wattbike" pada waktu petang dilihat lebih mencabar kerana setiap atlet diuji bagi melihat ketahanan "enjin" masing-masing dengan kuantiti kayuhan lebih panjang berbanding sesi pagi. Terdapat beberapa atlet yang muntah tetapi keadaan mereka tidak membimbangkan. 

Hasil ujian dilihat memberangsangkan dimana atlet-atlet tersebut dapat memenuhi tahap yang diperlukan.

LAPORAN OLEH,
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz
Pengurus Sukan Berbasikal
Bahagian Atlet, MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.