Monday, February 13, 2012

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ACC 2012






Hari ini pasukan malaysia berjaya memungut 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pingat pertama hari ini diperolehi menerusi pasukan team sprint lelaki junior yang diwakilli oleh malek marcus,mohd fauzan dan mohd asri suraizi yang menewaskan pasukan hong kong.pujian harus diberikan kepada pasukan ini walaupun baru digabungkan tidak sampai 2 bulan tetapi berjaya mendapat pingat gangsa.

Pingat kedua hari juga diperolehi menerusi lauretta eva adrian menerusi acara kegemaranya iaitu 500m time trial dengan mendapat pingat gangsa yang mana pelumba dari chinese taipei menjuarai acara ini dan pingat perak diperolehi oleh pelumba korea.

Pingat ketiga menerusi pelumba pecut remaja wanita ummi hamimah yang memperolehi pingat perak yang mana beliau tewas kepada pelumba korea dengan keputusan 1-2. Ini merupakan keputusan terbaik sepanjang penglibatan pasukan remaja wanita yang keputusan yang terbaik menerusi ju pha somnet yang memenangi pingat gangsa di acc 2010 di uae. Syabas dan tahniah kepada beliau walaupun hanya menjalani atihan sepenuh masa sejurus tamat peperiksaan spm pada 15 disember yang lalu.

Lauretta eva adrian tewas kepada pelumba korea dalam perebutan pingat gangsa dengan keputusan 2-0.

2 pingat perak hari ini juga disumbangkan oleh pelumba elit negara menerusi acara sprint lelaki azizul hasni awang yang tewas kepada watanabe iaitu pelumba jepun yang mana beliau juga pernah memenangi pingat emas di acc 2006 juga di velodrome yang sama tahkala azizul memenangi sprint junior.manakala fatehah menerusi acara sprint wanita tewas kepada pingat emas sukan asia acara 500m time trial lee wai tze dan ini merupakan pencapaian terbaik beliau bagi acara sprint.

2 atlet remaja negara juga turun bagi acara point race lelaki junior iaitu erwandie lakasek yang mendapat tempat ke 9 yang merupakan kejohanan antarabangsa beliau yang pertama yang mana atlet ini menjalani latihan di di PLN kemaman.

Bagi acara point race wanita junior juga disertai oleh pelumba yang memenangi pingat perak acara scratch semalam iaitu noor azian maslin sazali dengan mendudki tempat ke 5. Pujian harus diberikan walaupun kali pertama menyertai acara ini beliau berjaya memberi saingan kepada pelumba kore dan hong kong yang sering mendominasi acara ini.

Bagi acara 1km men junior peserta negara yang diwakilli oleh malek marcus amat tidak bernasib baik apabila dibezakan 00:163 saat dengan peserta korea bagi pungutan pingat gangsa. Masa yang dicatatkan oleh beliau 1:09.787 merupkan catatan terbaik beliau. Pingat emas di menangi oleh pelumba hong kong dan pingat perak oleh pelumba Jepun.

Esok beberapa acara yang melibatkan pelumba negara:-

Acara scratch women elit
ju pha som net

Acara sctatch men elit
mohd harif salleh

Keirin men elit qualifying
azizuul hasni awang
josiah ng

Keirin men junior
malek marcuss
mohd fauzan nor azman

Keirin women elit
fatehah mustafa
ju pha som net

Keirin women junior
ummi hamimah mohamad
lauretta eva adrian

Bagi acara keirin diharap pelumba -pelumba negara layak ke pusingan akhir yang akan diadakan pada 12 februari nanti.

Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:
Azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.