Monday, February 20, 2012

Kem Pemilihan dan Penilaian Sukan Gimnastik ( MAG )

Kem pemilihan dan penilaian sukan gimnastik sedang diadakan di Gym 3 MSN bermula pada 19 - 24 Feb 2012. Seramai 71 orang atlet daripada PLN, PLS dan Pelapis Kebangsaan telah mendaftar dan akan mengikuti beberapa aktiviti kem termasuk sesi ujian penilaian.

Atlet-atlet dan jurulatih akan dinilai oleh perunding daripada China, En Gao Jian dan beliau sendiri akan menyediakan satu program latihan yang lengkap untuk di praktikkan di semua peingkat termasuk negeri dan kebangsaan.

Disamping itu juga, sesi pemilihan atlet-atlet elit dan Pelapis Kebangsaan ( MAG ) akan turut diadakan. Diharapkan agar usaha ini akan dapat mengatasi masalah kekurangan gimnas yang berbakat di semua peringkat.

Sekarang, sesi mesyuarat bersama jurulatih sedang diadakan di Hotel Pearl Inernational dan turut dihadiri oleh En Jefri Ngadirin ( Pengarah Cawangan Pelapis ) serta En Low Yik Siang ( MGF )

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.