Friday, August 15, 2014

LAPORAN HARI KEDUA YOG NANJING 2014

14 Ogos, Nanjing - Hari kedua cuaca di Nanjing adalah masih sama dimana hujan telah turun dari pagi hingga ke petang. Kontinjen besar negara telah tiba awal pagi iaitu pada jam 5.00 pagi, lewat hampir 4 jam berbanding jadual asal. Sesi pagi atlet dan jurulatih dihabiskan dengan berehat di bilik dan latihan ringan mengikut sukan telah diadakan di sekitar perkampungan sukan dan venue latihan. Rata-rata atlet masih dalam keadaan keletihan disebabkan oleh tempoh perjalanan yang agak lama iaitu hampir 22 jam.
Urus setia menguruskan beberapa urusan pentadbiran di perkampungan sukan dengan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan. Disamping itu juga, mesyuarat CdM telah diadakan pada jam 7.30 pagi yang dihadiri oleh saudari Wong Pei Tty dan En Chua Hong Tam ( OCM ).
Satu perjumpaan bersama jurulatih telah diadakan pada jam 7.00 malam di salah sebuah bilik penginapan bagi menerangkan pergerakan esok hari termasuk upacara 'Welcoming Ceremony' dan juga upacara pembukaan pada 16 Ogos.
Melalui maklumbalas daripada semua jurulatih, mereka berpuas hati tentang kemudahan yang terdapat di perkampungan sukan termasuk menu makanan.  Esok atlet-atlet akan meneruskan sesi latihan seperti berikut :
Badminton
Tarikh : 15 Ogos 2014
Venue : Nanjing Sports Institute Gymnasium ( Warm up Venue )
Masa : 4.00 - 6.00 petang

0lahraga
Tarikh :15 Ogos 2014
Venue : Nanjing Olympic Sport Centre Stadium( Competetion Venue )
Masa : 3.00 - 5.00 petang

Akuatik Renang
Tarikh : 15 Ogos 2014
Venue : Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium ( Competition Venue )
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
             3.00 petang - 6.00 petang

Taekwondo
Tarikh : 15 Ogos 2014
Venue  : YOV (Training hall)
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari
          
Menembak
Tarikh : 15 Ogos 2014
Venue  : Fangshan Shooting Hall
Masa : 9.00 - 11.00 pagi

Memanah

Tarikh  : 15 Ogos 2014
Venue  : Fangshan Archery Field
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Gimnastik Artistik

Tarikh  : 15 Ogos 2014
Venue :  Nanjing Olympic Sport Centre
Masa.   :  10.00 pagi - 11.00 pagi

Pelayaran

Tarikh : 15 Ogos 2014
Venue : Jinniu Lake Sailing Venue
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

  
LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWABGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.