Friday, August 8, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014 GWANGMYEONG KOREA

Tarikh : 7 Ogos 2014
Tempat : Gwangmyeong  Korea

Pasukan negara menjalani latihan disebelah pagi bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Volume latihan dikurangkan memandangkan esok akan bermula perlumbaan bagi acara team pursuit lelaki dan team sprint lelaki.

Pendaftaran pelumba dan pemeriksaan lesen serta jersey pasukan negara telah berjaya dibuat pada jam 11.00 pagi dan tiada sebarang masalah timbul. Mesyuarat pengurus pasukan juga diadakan pada jam 6.00 petang dimana beberapa perubahan dimaklumkan pada mesyuarat tersebut.

Sebanyak 33 buah negara telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan kali ini. Dilihat kejohanan pada tahun ini amat penting bagi kebanyakkan negara kuasa besar dunia basikal telah membuat perancangan program Olimpic 2020  seperti Australia, New Zealand, Italy, Switzerland, Denmark, Poland, Republic Czech, France, Russia, Colombia yang kebanyakannya dari negara Eropah. Negara ini menghantar pasukan penuh dengan penyertaan kesemua acara. Pasukan dari Asia iaitu Korea juga telah menyediakan para pelumba mereka dari acara endurance dan sprint untuk kedua-dua kategori bagi menghadapi kejohanan ini dengan amat baik.

Esok perlumbaan akan dimulakan pada jam 2.00 petang dengan acara team pursuit men junior kelayakan. Dimana pasukan negara akan mengambil bahagian dan juga acara team sprint men junior. Berikut adalah senarai pelumba negara yang akan mengambil bahagian esok:

Team Pursuit Men Junior :
1) Muhd Afiq Huznie Othman
2) Akmal Hakim Zakaria
3) Asyraf Naim Ying 
4) Ahmad Muazzam Iman Mustaffa Kamal

Penyertaan negara: 14 
Sasaran masa : 4:20 ( pecah rekod remaja kebangsaan dan kelayakan sukan Asia)

Team sprint Men Junior :
1) Muhd Firdaus Mohd Zonis
2) Muhd Shariz Afendi Mohd Shanaz
3) Muhd Khairil Nizam Rasol

Penyertaan negara: 10
Sasaran: 47.00

Kesemua atlet kelihatan bersemangat semasa sesi briefing diadakan. Tiada sebarang masalah kesihatan dilaporkan.

Sekian laporan dari Gwangmyeong Korea.
LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMED
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.