Monday, August 18, 2014

LAPORAN HARI KELIMA YOG NANJING 2014


Cabaran negara bermula hari ini dengan atlet badminton, Cheam Jun Wei dan Lee Ying Ying, Welson Sim (Renang) dan Jeremiah Loo Phay Xing ( Gimnastik ) bertanding menentang lawan masing-masing. Welson Sim telah berjaya memperbaiki catatan terbaik peribadi beliau pada temasya ini bagi acara 400m Gaya Bebas dengan catatan masa 3:55:72s, 4 saat mengatasi catatan beliau sebelum ini. Beliau menduduki tempat ke 11 dan tidak layak ke pusingan akhir pada sebelah petang.

Jeremiah Loo Phay Xing memulakan cabaran beliau bagi acara Individual All Round bagi sukan gimnastik artistik pada jam 1.30 tengahari dan beliau telah menduduki tempat ke 16 dan layak ke pusingan akhir. Beliau juga turut layak ke pusingan akhir bagi acara Pommel Horse ( rank ke 9 )  dan Parallel Bar ( rank ke 6 ) yang dijadualkan berlangung pada 19 dan 23 Ogos 2014.

Nanjing Sport Institute Gymnasium merupakan venue bagi sukan badminton dimana kedua-dua pemain badminton remaja negara telah berjaya menewaskan lawan masing-masing bagi acara perseorangan lelaki dan wanita. Bagi acara beregu campuran pula, Cheam Jun Wei berpasangan dengan pemain Hong Kong manakala Lee Ying Ying berpasangan dengan Lu Chia Hung dari Chainese Taipei. Kedua-dua pasangan turut berjaya menewaskan lawan mereka.

Bagi cabaran pada 18 Ogos 2014 pula, atlet badminton negara akan meneruskan cabaran bagi peringkat kumpulan manakala di pusat akuatik pula Lim Ching Huang dan Welson Sim akan turun beraksi. Di Fangshan Shooting Hall, Abd Hadi Abd Malek akan bertanding dalam acara 10m Air Pistol Lelaki dan pelayar Negara akan turun beraksi di Jinniu Lake bagi acara Byte CII.

Selamat maju jaya kepada semua atlet yang bertanding!

LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.