Thursday, August 7, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014 GWANGMYEONG KOREA

Tarikh: 6 Ogos 2014
Tempat: Gwangmyeong Korea

Program untuk hari ini seperti biasa mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan oleh pihak  penganjur. Latihan di trek velodrome bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1 petang. Seperti yang sedia maklum kebanyakan pasukan telah tiba  dan keadaan didalam trek agak sibuk apabila pasukan dari negara Belgium, Switzerland, Italy telah memulakan latihan bersama. Setiap pasukan menjalani latihan dengan penuh pengawasan dari jurulatih dan juga pegawai teknikal yang berada disana bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Program latihan hari ini juga lebih menjurus kepada penggunaan gearing perlumbaan yang sesuai untuk digunakan semasa perlumbaan nanti. Kesemua pasukan juga turut melakukan perkara yang sama dan ketika latihan setiap effort yang dibuat perlu dibuat sebaik mungkin.
Kelihatan juga pihak penganjur telah membuat persiapan rapi didalam penganjuran kejohanan ini. Segala persiapan venue sedang dijalankan secara berperingkat memandang velodrome ini bukan dibawah pengurusan pihak Persatuan Korea tetapi di bawah pengurusan KSPO iaitu badan yang menguruskan perjudian perlumbaan Keirin Korea. Jika diperhatikan velodrome ini adalah untuk perlumbaan keirin yang melibatkan wang pertaruhan atau lesen perjudiaan yang sah di Korea. Setiap  pintu masuk ke velodrome dikawal kerat oleh pengawal kerana keadaan didalam velodrome ini lebih kepada perlumbaan kuda. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad perlumbaan keirin akan diadakan dan tiket perjudiaan sekeping dijual pada harga KRW 100000 iaitu bersamaan dengan RM 300.

Esok pendaftaran pelumba,pemeriksaan lesen dan jersey akan dibuat pada jam 10 hinggga 12 tgh dan mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan  pada jam 6.00 petang. Pasukan negara akan menjalani latihan bermula jam 9.00 hingga11.00 pagi.
Sekian laporan dari Gwangmyeong Korea.
LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMED
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.