Thursday, August 21, 2014

LAPORAN HARI KELAPAN YOG NANJING 2014

Hari kelapan menyaksikan kontingen negara terlibat dalam 7 jenis sukan. Secara umumnya kesemua atlet dan jurulatih berada dalam keadaan yang baik. Young Ambassador Malaysia iaitu Benjamin Khor juga begitu aktif menyertai beberapa program sampingan yang dianjurkan oleh pihak penganjur.

Sukan pelayaran di Jinniu Lake meruskan perlumbaan ke 5, 6 dan 7 pada hari ini. Kedua-dua atlet negara beraksi dengan baik dimana Nur Shazrin telah memperbaiki kedudukan keseluruhan daripada tempat ke 13 ke rankin ke 7. Bagi Asri Azman pula, kedudukan keseluruhan menurun dari ke 7 sebelum ini, ke 11. Ini adalah berikut penalti yang dikenakan setelah protes yang dibuat oleh pelayar USA diterima juri pertandingan.

Nasib tidak menyebelahi penembak negara iaitu Abd Hadi Abd Malek yang berpasangan dengan Cerventes Rodriguez dari Mexico bagi acara 10m Air Pistol Mixed International Team apabila tewas 1 mata sahaja untuk merebut 16 tempat ke pusingan suku akhir yang akan dijalankan pada 21 Ogos. Bagi acara ini, ternyata penembak daripada Korea dan Eropah mendominasi sukan menembak di temasya ini.

Walaupun peluang diatas kertas agak mudah bagi atlet taekwondo negara ( Mohana Priya ) untuk mara ke pusingan separuh akhir, pengalaman serta saiz fizikal beliau memberi kelebihan kepada lawan ( Columbia ) dimana beliau telah tewas dengan kiraan mata 1-15. Ini sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berharga kepada atlet taekwondo ini untuk terus berjuang kepada negara di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Walaupun dengan ketiadaan 'Clear Cut' iaitu kuda milik atlet equestrian negara, prestasi Praveen Nair Mathavan beraksi agak baik bagi acara berpasukan di Xinzhuang Equestrian hari ini. Pasukan Australasia ( Australia, Hong Kong, New Zealand, Malaysia, Iran ) hanya berjaya menduduki tempat ke 5.

Aksi pemain badminton lelaki, Cheam Jun Wei di peringkat suku akhir serba tidak menjadi walaupun telah memenangi set yang pertama kepada pemain dari India, Joshi Aditya. Cheam telah tewas di pusingan ketiga dengan kiraan mata 22 - 20, 18 - 21, 12 - 21. Ternyata teknik bertahan yang digunakan oleh Cheam tidak mampu mengatasi pemain dari India ini.

Hari ini juga adalah merupakan hari pertama atlet olahraga beraksi di Nanjing Olympic Sport Centre. Nor Shafeei hanya mampu membuat lompatan 2.03m sahaja bagi acara lompat tinggi dan layak beraksi di pusingan akhir B. Malang buat pelari berpagar Mohd Rizzua Haizad apabila 'starting' beliau telh dibatalkan oleh juri dan seterusnya hanya layak bertanding di pusingan akhir kategori C.

Sukan golf berjalan seperti biasa dimana kedua-dua atlet iaitu Low Khai Jie dan Kan Kah Yan menghabiskan pusingan pada hari ini ditempat ke 18 ( Low Khai Jie ) dan 12 ( Kan Kah Yan ) . Bagi pertandingan yang akan melibatkan atlet Negara pada 21 Ogos adalah sepert berikut :
  
  



  
  





Sekian laporan dai Nanjing China.

LAPORAN OLEH,
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.