Monday, August 4, 2014

HARI PERTAMA 2ND SEOUL INTERNATIONAL YOUTH ARCHERY FIESTA 2014

Seoul, 3 Ogos 2014 - Atlet memanah program Pelapis Kebangsaan telah berlepas ke Incheon, Korea Selatan pada jam 11.30 mlm dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyertai 2nd Seoul International Youth Archery Fiesta 2014 yang akan diadakan di Olympic Park, Seoul, Korea Selatan. Seramai 8 atlet (4 Lelaki dan 4 wanita), 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon  pada jam 7.20 pagi waktu Seoul. Cuaca tempatan disini ialah 26 celcius.

Ketibaan pasukan disambut oleh wakil daripada Seoul Archery Association dan seterusnya kami dibawa ke Seoul Olympic Parktel Hotel di Seoul yang merupakan hotel rasmi kejohanan ini. 

Jadual esok adalah seperti berikut :

8.30 pagi - Mesyuarat pengurus pasukan
9.00 - 11.00 pagi - Latihan

Pihak penganjur akan memaklumkan pada mesyuarat pengurus pasukan bagi acara esok petang.

Sekian laporan hari pertama,

Oleh,
Adam Shazan
Pengurus Sukan Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.