Wednesday, August 20, 2014

LAPORAN HARI KETUJUH YOG NANJING 2014


Cuaca di Nanjing yang begitu baik pada hari ini berbanding 2 hari awal membantu meningkatkan semangat atlet-atlet negara.  Sebanyak 6 jenis sukan yang terlibat dalam aksi pada hari ketujuh di Nanjing China ini dimana atlet gimnastik artistik negara iaitu Jeremiah Loo Phay Xing beraksi di pusingan akhir bagi acara Individual All Round. Atlet kelahiran Pulau Pinang yang menjalani latihan sepenuh masa di China ini telah gagal menyaingi atlet-atlet dari negara lain bagi acara ini. Beliau telah menduduki tempat ke 18 bagi acara ini. Namun, pujian harus diberikan kepada beliau kerana semangat juang yang ditunjukkan berterusan sehingga tamat cabaran pada jam 9.30 malam tadi.

Low Khai Jie dan Kan Kah Yan memulakan aksi pertama mereka bagi sukan golf di Zhongshan International Golf Club. Mereka berdua beraksi dengan prestasi yang sederhana dengan keputusan ke 15 ( Low Khai Jie ) dan ke 26 ( Kan Kah Yan ) dan mereka berdua akan meneruskan cabaran pada esok hari dengan prestasi yang lebih baik.

Pemain badminton China yang berada di ranking pertama telah menyekat kemaraan Lee Ying Ying di peringkat kumpulan ( johan kumpulan layak ke pusingan suku akhir ) dalam acara perseorangan wanita. Manakala perseorangan lelaki negara iaitu Cheam Jun Wei tidak menjadi masalah untuk mengenepikan pemain dari Turki ( Kurt Muhammad Ali ) di gelanggang badminton Nanjing Sport Institut Gymnasium. Cheam yang agak popular dikalangan penyokong tempatan akan bertemu pemain daripada India di peringkat suku akhir esok petang. Mereka berdua juga tidak menghadapi masalah untuk meneruskan pertandingan di peringkat suku akhir dalam acara bergu campuran esok.

Perenang negara juga hanya turun beraksi diperingkat saringan bagi acara 500m Butterfly wanita, 800m Freestyle dan 50m Freestyle lelaki di Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium.

Perlumbaan bagi sukan pelayaran terpaksa ditunda beberapa kali pada hari ini disebabkan oleh faktor angin di Jinniu Lake. Agak malang pada perlumbaan ke 3 dimana pelayar wanita negara Nur Shazrin telah mendahului pelayar-pelayar lain dan perlumbaan dihentikan pada 'lap' yang terakhir. Pasukan pelayaran negara juga telah diprotes oleh negara USA dengan alasan pelayar negara menolak ( dengan menggunakan body contact ) semasa perlumbaan sedang berlangsung. 

Praveen Nair Mathavan juga beraksi dengan bagitu baik dalam acara Team International dan pasukan ini telah layak bertanding di pusingan kedua bagi penentuan pingat gangsa esok.

Berikut adalah merupakan jadual dan keputusan pertandingan serta beberapa gambar aksi atlet yang beraksi pada hari ini.
  











Sekian dari Nanjing.

LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.