Thursday, August 14, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA YOUTH OLYMPIC GAMES NANJING 2014

13 Ogogs 2014 - Seramai 3 orang pegawai telah bertolak semalam dari KLIA ke Nanjing melalui Ghuangzhao untuk membantu menguruskan pasukan remaja di  temasya Sukan Olimpik Remaja Nanjing 2014. Disebabkan oleh cuaca yang kurang baik di Ghuangzhao, penerbangan dari Ghuangzhao ke Nanjing terpaksa ditunda dan tiba di hotel pada jam 5.30 pagi. Memandangkan kuota pegawai terhad, ketiga-tiga pegawai berkenaan menginap di luar perkampungan sukan manakala seorang pegawai dari Majlis Olimpik Malaysia bertugas di dalam perkampungan sukan.

Pihak urus setia telah dibantu oleh salah seorang pelajar Malaysia di Universiti Nanjing  iaitu saudari Tan Wei dalam mendapatkan beberapa info tentang beberapa venue serta urusan pentadbiran.









Urus setia kemudian telah membuat lawatan ke perkampungan sukan (YOV) dan bertemu dengan beberapa pegawai penganjur serta atlet. Lawatan ke bilik penginapan serta beberapa kemudahan lain yang terdapat di sekitar perkampungan turut diadakan. Memandangkan cuaca pada hari ini hujan (sepanjang hari), pergerakan urus setia agak terhad. Ramalan kaji cuaca juga turut menunjukkan yang cuaca lembab ini akan berlarutan beberapa hari lagi.


Perkampungan sukan ini adalah merupakan satu kawasan yang baru siap dibina dengan beberapa kemudahan yang lengkap dengan landskap yang menarik. Kesemua kontinjen akan ditempatkan di blok-blok serta bangunan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Menerusi lawatan yang telah diadakan hari ini, pihak penganjur telah bersedia untuk menganjurkan temasya ini. Disamping itu juga, kelihatan sukarelawan-sukarelawan bertungkus-lumus mengadakan sesi latihan walaupun dalam cuaca hujan.

Seramai 2 orang atlet iaitu Praveen Nair (Equestrian) dan Jeremiah Loo telah tiba lebih awal berbanding kontinjen negara yang lain. 

LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.