Saturday, August 9, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014 GWANGMYEONG KOREA

Tarikh : 8 Ogos 2014
Tempat : Gwangmyeong Korea

Hari ini merupakan hari pertama perlumbaan. Sebanyak 4 acara final diadakan. Pasukan negara mengambil bahagian dalam 2 acara Team Pursuit men Junior dan Team Sprint men Junior.

Acara team pursuit kelayakan bermula pada jam 2.00 petang dimana sebanyak 14 pasukan mengambil bahagian. Acara ini pada kejohanan kali ini  menggunakan format Olimpik. Setiap pasukan akan membuat catatan masa dan 8 pasukan yang mencatat masa terbaik akan pusingan separuh akhir. Didalam separuh akhir ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kumpulan heat pertama yang mengandungi 4 pasukan adalah kelayakan untuk penentuan pingat emas manakala kumpulan heat kedua yang mengandungi 4 pasukan juga bagi penentuan pingat gangsa. Pasukan kumpulan heat pertama mencatat masa terbaik akan ke final dan begitu juga dengan kumpulan heat 2 kedua.

Pasukan negara telah mencatat masa 4:25.320 yang mana jauh dari sasaran masa yang di tetapkan dengam menduduki tempat ke 12 daripada 14 buah pasukan bertanding. Namun begitu pujian harus diberikan kepada pelumba-pelumba ini kerana telah menunjukkan persembahan yang baik semasa pusingan kelayakan. Acara ini dimenangi oleh pasukan dari Australia, pingat perak oleh pasukan Colombia dan pingat gangsa oleh pasukan New Zealand.

Bagi acara team sprint men junior pasukan negara yang diketuai oleh Muhd Firdaus Mohd Zonis, Muhd Shariz Afendi dan Muhd Khairil Nizam Mohd Rasol telah mencatat masa1.03.166 dengan menduduki tempat ke 7 dari 10 pasukan bertanding. Dengan catatan masa ini pasukan negara telah berjaya memecahkan rekod remaja kebangsaan untuk trek 333.33 iaitu masa catatan 1.04 yang di buat pada tahun 2007 di Bangkok pada Kejohanan ACC Junior. Apa yang membanggakan lagi pasukan negara berjaya mencatat masa lebih pantas dari 3 negara kuasa besar dunia basikal trek iaitu New Zealand Japan dan USA.

Acara ini dimenangi oleh pasukan dari Russia pingat perak pasukan Korea dan pingat gangsa oleh pasukan Poland.

Esok perlumbaan akan bermula jam 10.30 pagi dengan menawarkan 4 acara final dimana pasukan negara akan mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu  acara Keirin men junior, scratch men junior dan 500m tt women junior dan individu Pursuit  men Junior kelayakan. Berikut adalah pelumba negara yang akan mengambil bahagian:

Keirin Men Junior
Muhd Firdaus Mohd Zonis
Muhd Fadhil Mohd Zonis

Scratch Men Junior Final
Asyraf Naim Ying

500m Time Trial Final
Farina Shawati Mohd Adnan

Individu Pursuit Men Junior Qualifying
Muhd Afiq Huznie Othman
Akmal Hakim Zakaria.

Sekian laporan dari Gwangmyeong Korea.

LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMED
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.