Thursday, August 28, 2014

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1/ 2014 : HARI KELIMA

Tempat : Bandar Indera Mahkota, Pahang
Tarikh : 27 Ogos 2014

Hari kelima kem bakat menembak, atlet-atlet telah menjalani ujian kecergasan yang diketuai oleh En.Shukur bin Yusuf dan dibantu staf-staf ISN yang lain. Antara ujian-ujian yang disediakan kepada atlet ialah "muscular strength", "muscular endurance" dan yoyo test. Ujian yang dilakukan mendapati atlet-atlet diperingkat negeri kurang melakukan latihan kecergasan kerana hasil yang ditunjukan atlet menembak pada ujian kali ini adalah kurang memuaskan. Ujian kecergasan seperti ini adalah amat penting dalam membantu atlet-atlet mengawal pernafasan dan kekal cergas ketika menyertai mana-mana kejohanan.

Pada sebelah petang, satu perbincangan telah dilakukan antara atlet dan jurulatih berkenaan pertandingan yang dilakukan sebelum ini. Atlet-atlet menembak yang terlibat dengan kem ini telah menunjukan prestasi yang memberansangkan. Namun beberapa aspek seperti kawalan emosi dan mental harus lebih diberi penekanan oleh atlet semasa menjalani latihan dan semasa kejohanan. Sesi penyampaian hadiah juga telah dilakukan bagi pemenang-pemenang mengikut acara masing-masing.

Satu sesi ceramah bertajuk "Inspiration & Motivation" telah diberikan kepada atlet oleh Pegawai ISN iaitu Pn.Wan Noor Afzan bt Wan Mahadi pada sebelah malam. Sesi ceramah yang diselang-seli dengan aktiviti berkumpulan memang menarik minat atlet dalam memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang ceramah berlangsung dan sesi ceramah tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian terima kasih.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.