Tuesday, August 26, 2014

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 2014 : HARI KETIGA

Tempat : Bandar Indera Mahkota, Pahang
Tarikh : 25 Ogos 2014

Kem Bakat Menembak Siri 1 2014 diteruskan lagi pada hari ketiga dimana atlet-atlet akan diberi latihan yang secukupnya sebelum bermulanya mini pertandingan yang akan diadakan pada keesokan harinya. Seperti kebiasaan sebelum bergerak ke lapang sasar atlet-atlet melakukan aktiviti perhimpunan pagi yang diketuai oleh En Lanahon dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih serta pegawai-pegawai yang lain.

Aktiviti sebelah petang diteruskan lagi dengan jurulatih-jurulatih mengadakan pra pertandingan sebelum bermulanya pertandingan sebenar pada keesokan hari. Pra pertandingan ini dilakukan adalah bagi melihat keberkesanan latihan dan tunjuk ajar dari semua jurulatih yang terlibat sepanjang kem ini berjalan. Hasilnya atlet-atlet telah menunjukan peningkatan dari masa ke semasa dan setiap yang dipelajari diharap dapat digunakan sepenuhnya ketika memasuki mana-mana pertandingan.

Pada sebelah malam, pihak penganjur Majlis Sukan Negara Cawangan Pelapis dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah menjemput bekas pemain negara era 70an dalam bidang bola sepak iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail bagi memberi ceramah motivasi kepada atlet-atlet menembak pada kem kali ini. Beliau banyak memberi motivasi dengan menceritakan pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak dan menekankan aspek ketahanan mental yang boleh diterapkan oleh atlet-atlet menembak ketika bertanding di mana-mana kejohanan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.30 malam dan aktiviti seterusnya akan berjalan pada keesokan hari.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.