Thursday, August 14, 2014

2 HARI LAGI BERMULANYA TEMASYA SUKAN OLIMPIK REMAJA 2014 NANJING

Hanya dua hari lagi sebelum atlet pelapis negara berentap di pentas Nanjing. Kesemua kontingen sudah pun berlepas ke tanah besar China termasuk beberapa atlet dan pegawai yang telah berlepas awal bagi membuat persiapan awal.
Berikut merupakan jadual pertandingan Temasya Sukan Olimpik Remaja 2014 di Nanjing, China yang melibatkan atlet-atlet pelapis negara.

BIL
SUKAN
VENUE

Upacara Pembukaan
Nanjing Olympic Sport Centre
1.
Akuatik Terjun
Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium
Akuatik Renang
Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium
2.
Badminton
Nanjing Sport Institute Gymnasium
3.
Equestrian
Xinzhuang Equestrian Venue
4.
Gimnastik Artistik
Nanjing Olympic Sport Centre
Gimrama
Nanjing Olympic Sport Centre
5.
Golf
Nanjing Zhongshan International Golf Club
6.
Memanah
Fangshan Archery Field
7.
Menembak
Fangshan Shooting Hall
8.
Pelayaran
Jinniu Lake Sailing Venue
9.
Olahraga
Nanjing Olympic Centre Stadium
10.
Taekwondo
Nanjing International Expo Centre Hall D

Upacara Penutup
Nanjing Olympic Sport Centre

Antara atlet-atlet muda negara yang akan beraksi di awal temasya adalah seperti berikut:
TARIKH
SUKAN
MASA
ACARA
NAMA ATLET
VENUE
16/8
Ahad

8.00 Mlm
Upacara Perasmian
Nanjing Olympic Sport Centre
17/8
Ahad
Badminton
9.00 Pg  - 11.55 Pg
Perseorangan L - Peringkat Kumpulan
Cheam Jun Wei
Nanjing Sport Institute Gymnasium
Perseorangan W - Peringkat Kumpulan
Lee Ying Ying
1.30 Ptg - 4.25 Ptg
Perseorangan L - Peringkat Kumpulan
Cheam Jun Wei
Perseorangan W - Peringkat Kumpulan
Lee Ying Ying
6.30 Ptg - 9.25 Mlm
Beregu Campuran - Peringkat Kumpulan
Cheam Jun Wei
Beregu Campuran - Peringkat Kumpulan
Lee Ying Ying
Akuatik Renang
10.00 Pg - 11.17 Pg
400m Men Freestyle - Saringan 1
Welson Sim
Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium
6.00 Ptg - 6.07 Ptg
400m Men Freestyle - Akhir
Welson Sim
Gimnastik Mag
1.30 Ptg - 4.00 Ptg
Kelayakan Individu (L)
Jeremiah Loo Phay Xing
Nanjing Olympic Sport Centre
7.00 Ptg - 9.30 Mlm
Kelayakan Individu (L)
Jeremiah Loo Phay Xing

Bagi sukan badminton, Cheam Jun Wei atlet muda yang baru berumur 16 tahun ini telah layak ke YOG 2014 menerusi world ranking dimana beliau berada di kedudukan ke-7 remaja dunia sepanjang penyertaan beliau dalam kejohanan tahun 2013 hingga 2014. Seorang wakil perseorangan badminton wanita ialah Lee Ying Ying yang berada di kedudukan ke-17 ranking remaja dunia dan baru berumur 17 tahun.

Manakala dari sukan akuatik renang pula diwakili oleh Welson Sim. Anak muda berumur 17 tahun ini turut layak melalui world ranking dimana beliau mencatatkan 15:48.0 semasa di kejohanan 50th MILO/ PRAM Invitational Age Group KL dalam acara 1500m Freestyle.

Seorang lagi atlet yang beraksi awal ialah Jeremiah Loo Phay Xing dalam acara kelayakan individu lelaki sukan gimnastik artistik. Beliau mendapat tempat ke-8 ketika di kejohanan 13th Art Gymnastics Asian Championships di Uzbezkistan yang lalu untuk melayakkan diri ke YOG 2014 Nanjing juga menerusi world ranking.

Selamat maju jaya diucapkan kepada atlet-atlet muda negara.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.