Tuesday, August 19, 2014

LAPORAN HARI KEENAM YOG NANJING 2014

Sebanyak 4 jenis sukan telah meneruskan cabaran pada hari ini dimana beberapa acara peringkat akhir bagi sukan menembak dan akuatik renang telah diadakan. Namun, atlet-atlet remaja negara telah gagal untuk menempatkan diri dalam pusingan akhir.

Welson Sim dan Lim Ching Huang telah turun beraksi di Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium bagi acara 200m Gaya Bebas dimana kedua-dia perenang ini telah gagal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir. Welson Sim telah memperbaiki catatan peribadi beliau dengan catatan masa 1:51.99s manakala Lim Ching Huang pula hanya menduduki tempat ke 10 dengan catatan 1:51.49s.

Penembak negara, Abd Hadi Abd Malek tidak berjaya malayakkan ke pusingan akhir dalam acara 10m Air Pistol lelaki di Fangshan Shooting Hall pada sesi sebelah pagi. Beliau telah memperoleh sebanyak 558 mata dan menduduki tempat ke 13. Seramai 8 orang penembak terbaik telah layak ke pusingan dimana penembak daripada Korea telah mendahului penembak-penembak yang lain.

Sukan badminton diteruskan dengan perlawanan bagi peringkat kumpulan dimana Cheam Jun Wei telah menewaskan pemain daripada Thailand. Lee Ying Ying juga tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pemain dari Slovenia dengan kiraan mata 21 - 14, 21 - 10. Bagi acara beregu campuran pula, kedua-dua pemain berkenaan berjaya menewaskan  lawan masing-masing pada perlawanan petang tadi.

Perlumbaan 1 dan 2 telah dijalankan di Jinniu Lake bagi sukan pelayaran ( Byte CII ). Perlumbaan terpaksa dihentikan beberapa kali disebabkan oleh faktor angin dan pelayar negara Asri Azman telah menduduki tempat kedua setelah tamat perlumbaan pada sebelah petang. Pelayar wanita negara Nurshazrin pula berada pada kedudukan ke 9 dan diharapkan agar momentum yang baik ini dapat diteruskan pada perlumbaan seterusnya.

Bagi sukan-sukan yang masih belum bermula, sesi latihan diteruskan sama ada di venue pertandingan ataupun di perkampungan sukan.

Berikut merupakan jadual perlawanan pada 19 Ogos dan keputusan 18 Ogos :



LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN 
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.