Monday, August 25, 2014

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 2014 : HARI KEDUA

Tempat : Bandar Indera Mahkota Pahang
Tarikh : 24 Ogos 2014

Pada hari kedua kem telah dimulakan dengan perhimpunan pagi yang telah dikendalikan oleh JPM Menembak En.Lanahon Ambok Selepa. Atlet-atlet dilatih untuk menjadi seorang berdisiplin dan jurulatih menerapkan aspek ketahanan mental dalam setiap aktiviti yang berjalan.

Selepas perhimpunan pagi atlet-atlet bergerak dari hotel ke Lapang Sasar bagi menjalani latihan sehingga petang. Semua atlet menunjukan kesungguhan sewaktu latihan dan jurulatih begitu teliti dalam memantau setiap pergerakan atlet semasa latihan dijalankan.

Pada sebelah malam, beberapa aktiviti telah disediakan kepada atlet yang dikendalikan oleh jurulatih dan PPN. Aktiviti yang dilakukan ini adalah bagi meningkatkan lagi semangat atlet ketika memasuki mana-mana kejohanan samaada kejohanan dalam negeri dan luar negara. Aspek ketahanan mental juga telah diterapkan kepada atlet dalam aktiviti ini dan atlet nampak bersungguh-sungguh semasa aktiviti dijalankan.

Sekian.

LAPORAN OELH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.