Saturday, August 16, 2014

LAPORAN HARI KETIGA YOG NANJING 2014



Hari ini matahari kelihatan seawal jam 6.30 pagi dan cuaca agak baik berbanding 2 hari sebelum ini. Sebagaimana perancangan yang telah ditetapkan, kesemua atlet hari ini menjalani latihan di venue sukan masing-masing.

Pada hari ini juga, CdM Malaysia iaitu saudari Wong Pei Tty berkesempatan melawat sesi latihan atlet-atlet di sekitar Nanjing Olympic Sports Centre. Venue latihan yang terletak agak jauh dari perkampungan akan dilawat didalam masa terdekat. Disamping sesi latihan rasmi yang diadakan pada sebelah pagi dan petang, satu upacara 'Welcoming Ceremony' telah berlangsung di Olympic Square dan dihadiri oleh kesemua atlet dan jurulatih. Program selama hampir 40 minit ini dilakukan bagi meraikan kehadiran kesemua atlet dan jurulatih dari serata dunia ke temasya ini.


Pihak urus setia berkesempatan mengadakan lawatan ke salah satu program sampingan yang dianjurkan iaitu 'Cultural Educational Program' ( CEP ) yang dilakukan pada sebelah petang dimana pada 4 hari pertama temasya ini berlangsung, budaya-budaya daripada Negara Eropah dipamerkan. Disamping itu juga, beberapa aktiviti-aktiviti kebudayaan mengikut negara-negara berkenaan turut diadakan. Atlet-atlet serta pengunjung boleh mencuba mana-mana satu aktiviti tersebut mengikut minat mereka.
Berikut adalah merupakan jadual latihan atlet pada 16 Ogos 2014 :
Badminton
Tarikh : 16 Ogos 2014
Venue : Nanjing Sports Institute Gymnasium ( Warm up Venue )
Masa : 10.00 - 11.00 pagi

0lahraga
Tarikh : 16 Ogos 2014
Venue : Nanjing Olympic Sport Centre Stadium( Competetion Venue )
Masa   : 8.00 - 10.00 pagi

Swiming / Diving
Tarikh : 16 Ogos 2014
Venue : Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium ( Competetion Venue )
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
          
Taekwondo
Tarikh : 16 Ogos 2014
Venue  : YOV (training hall)
Masa : 7.00 - 8.30 pagi
             1.30 - 3.00 petang
         
Memanah
Tarikh  : 16 Ogos 2014
Venue  : Fangshan Archery Field
Masa.   : 10.00 pagi - 3.00 petang

Gimnastik Artistik
Tarikh  : 16 Ogos 2014
Venue. :  Nanjing Olympic Sport Centre
Masa.   :  10.00 pagi - 11.00 pagi

Pelayaran
Tarikh : 16 Ogos 2014
Venue :  Jinniu Lake Sailing Venue
Masa.  :  8.00 pagi - 1.00 petang
Pada sebelah malam pula ( 16 Ogos ) , upacara perasmian akan diadakan pada jam 8.00 malam di Nanjing Olympic Sports Centre dengan atlet renang iaitu Lim Ching Hwang telah dinamakan sebagai pembawa Jalur Gemilang semasa upacara ini.
Sekian laporan dari Nanjing.
LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.