Wednesday, August 13, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014 GWANGMYEONG KOREA

Tarikh: 12 Ogos 2014

Tempat: Gwangmyeong Korea


Hari ini ini merupakan hari terakhir kejohanan dimana pasukan negara meneruskan cabaran menerusi pelumba wanita di dalam acara keirin. Pada acara ini sebanyak 4 heat dijalankan dimana Farina di berada dalam heat keempat bersama pelumba Australia, Germany, Republic Czech,South Africa dan Singapore. Pada heat pertama hanya 2 terbaik akan ke pusingan dan selebihnya akan ke pusingan repercharge. Farina berkedudukan tempat keempat yang mana heat ini dimenangi pelumba dari Germany dan kedua oleh pelumba Australia.

Dalam pusingan repercharge Farina diletakkan dalam heat  pertama bersama pelumba Belgium, Mexico, Taipei  hanya pemenang akan pusingan seterusnya dan Farina berada ditempat kedua di belakang pelumba Belgium. Mengikut ranking keseluruhan Farina berkedudukan tempat ke 13 dari 21 pelumba.  Pemenang acara ini oleh pelumba Belgium pingat perak oleh Australia dan gangsa oleh pelumba dari Germany.

Pada perlumbaan semalam Muhd Firdaus Zonis dan Muhd Shariz Afendi Mohd Shanaz menyertai acara 200m sprint. Seramai 31 pelumba mengambil bahagian dan hanya 24 pelumba akan ke pusingan kedua diambil mengikut masa yang terpantas. Kedua - dua pelumba berjaya layak kepusingan kedua menerusi catatan masa yang dibuat.

Muhd Firdaus Mohd Zonis memecahkan rekod baru remaja kebangsaan apabila mencatat masa 10.309 yang berkedudukan tempat ke 8 dalam ranking manakala Muhd Shariz Afendi membuat rekod peribadi terbaik beliau dengan mencatat masa 10.714 berkedudukan tempat ke 22. Apa yang menariknya catatan masa beliau berjaya menewaskan pelumba dari negara New Zealand, Germany, dan USA.

Dalam pusingan kedua Muhd Firdaus berjaya memenangi pelumbaan menentang pelumba dari Poland dan berjumpa pelumba korea pada pusingan ketiga. Pusingan ini Muhd Firdaus Zonis tewas kerana pelumba Korea melanggar disc depan beliau dan menyebabkan disc tersebut sedikit pecah. Walau bagaimanapun pihak komisar menyatakan bahawa tiada kesalahan yang dibuat. Pusingan repercharge bagi menentukan tempat pusingan ketiga pula Muhd Firdaus  berkedudukan tempat kedua dan tidak layak ke pusingan seterusnya.

Bagi Muhd Shariz Afendi beliau kandas di pusingan ketiga kepada pelumba France. Secara keseluruhan ranking Muhd Firdaus berkedudukan tempat ke 11 dan Muhd Shariz Afendi berkedudukan tempat ke 22. Acara ini dimenangi  oleh pelumba dari Korea iaitu Park Jeone yang menetap di Perth dan menjalani latihan disana. Pingat perak pula oleh pelumba France dan gangsa oleh Australia.

Hanya 16 buah negara sahaja berjaya mendapatkan pingat dari 33 buah negara yang mengambil bahagian. Dari keseluruhan kedudukan pingat, Malaysia berkedudukan tempat ke 15 dan berkongsi kedudukan dengan negara Armenia. Tempat pertama ialah Australia, tempat kedua Russia dan ketiga New Zealand.

Sekian laporan dari Gwangmyeong  Korea.
LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMED
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.