Thursday, August 7, 2014

HARI KE - 5 2ND SEOUL INTERNATIONAL YOUTH ARCHERY FIESTA 2014

Seoul, 7 Ogos 2014 - Pasukan Malaysia meneruskan cabaran pada hari kelima dengan keputusan yang kurang memuaskan apabila kedua-dua pasukan terkandas pada pusingan awal kerana tewas kepada lawan masing-masing. Berikut adalah keputusan yang hari kelima: 

Elimination 1/8 (Team Wanita)
Vietnam (6) VS Malaysia (0)

Elimination 1/8 (Team Lelaki)
USA/Long Beach (6) VS Malaysia (0)

Tempat ke 3 & 4 (Team Wanita)
Filipina (3) VS Mexico (5)

Tempat ke 3 & 4 (Individu Lelaki)
Gurrola Osvaldo (Mexico) (6) VS Luis Moreno (Filipina) (2)

Akhir (Team Wanita)
China (2) VS Korea Selatan (6)

Akhir (Individu Lelaki)
Lee Yong Hwi (Korea Selatan) (6) VS Tom Howse (GB) (4)

Pada jam 12.00 tengahari, venue pertandingan telah bertukar dari Stadium Olimpik ke Olimpik Park. Kejohanan tamat pada jam 0400 petang. Perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar dan sekitar jam 1030 pertandingan terpaksa diberhentikan seketika kerana pasukan Malaysia telah diganggu oleh pihak luar. Pihak penganjur telah membuat tindakan dengan pantas apabila memanggil pihak polis dan beliau telah ditangkap dan dibawa ke balai polis. 

Jadual hari ke enam adalah seperti berikut :

1335-1400 Tempat ke 3 & 4 (Team Lelaki)
1400-1415 Tempat 3 & 4 (Individu Wanita)
1415-1450 Akhir (Team Lelaki)
1440-1455 Akhir (Individu Wanita)
1520-1600 Penyampaian Hadiah
LAPORAN OLEH,
ADAM SHAZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.