Sunday, July 14, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (13 Jul 2013)

Salam

Masuk hari kedua pertandingan, team Malaysia hanya mampu membawa
sebutir pingat gangsa sahaja iaitu melalui acara Air Rifle Men Team.
2 acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah Air Rifle Men dan 25M
Standard Pistol Men.

2 atlet Rifle Lelaki berjaya menempah slot akhir walaubagaimanapun
hanya mampu berada di ranking ke-7 dan ke- 4 sahaja. Sekalung tahniah
diucapkan kepada mereka berdua kerana bersaing di kelompok penembak
terbaik iaitu antara pemenang 2011 sea games gold medalist dan atlet
yang baru bertanding di World Cup Spain baru baru ini.

Penyertaan pertama kali dan tidak pernah menyertai mana mana kejohanan
dalam acara 25M Standard oleh atlet Siau Zianyi menampakkan hasil
apabila mencatatkan skor yang baik iaitu 542 setara dengan rekod
pemenang tempat pertama acara junior (Sportexcel) 25M Standard Pistol
iaitu 540.

Berikut adalah keputusan bagi acara yang dijalankan pada hari ini:

10M Air Rifle Men
1. John Coombes (Aus) - 587 + 205.8 - Gold
2. Chan Keith (Sin) - 582 + 203.1 - Silver
3. Sean Liang (Sin) - 595 + 181.5 - Bronze
4. Mohd Nazirul (Mas) - 583 + 160.3 - 4th
5. Razi Aizat Adzha (Mas) - 585 + 98.9 - 7th
6. Nik Ai'mullah (Mas) - 574 - 16th
7. Zul Haziq (Mas) - 572 - 21th
8. Nur Muhd Izham - 574 - 18th
9. Team (Mas) - Bronze

25M Standard Pistol Men
1. Nigel (Sin) - 561 - Gold
2. Ajitesh (India) - 559- Silver
3. Gai Bin (Sin) - 559 - Bronze
4. Jasmi (Mas) - 549 - 5th
5. Siau Zianyi (Mas) - 542 - 6th

Menanti debaran esok ialah atlet Pistol Wanita apabila meneruskan
cabaran dengan acara Air Pistol Wanita.

Sekian, laporan dari Marina Bay.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.