Wednesday, July 10, 2013

Seoul International Youth Fiesta 2013

Salam Ramadan dari Seoul Korea

Pada hari ini 10 Julai 2013 telah dijalankan acara berpasukan Olympic
Round bagi kategori wanita. Pasukan Malaysia telah berjaya menduduki
tempat ke tiga bagi acara ini dengan mengalahkan pasukan China.
Terdahulu pasukan Malaysia telah berjaya menundukkan pasukan Hong
Kong, India sebelum tunduk kepada pasukan Taiwan di separuh akhir.
Berikut adalah keputusan bagi acara berpasukan wanita :

Tempat pertama
Taiwan

Tempat kedua
Korea

Tempat ke tiga
Malaysia

Ke empat
China

Perlawanan akhir dan tempat ketiga empat telah dijalankan di Olimpik
Park dengan siaran langsung diadakan di Seoul.selain daripada
perlawanan akhir penonton juga telah sajikan dengan Perlawanan
pertunjukkan daripada pasukan lelaki dan wanita Korea senior yang mana
ianya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para
pemanah yang menyertai kejohanan ini.

Sekian

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.