Thursday, July 25, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA PULAUI PINANG

Salam Ramadhan

Pada 23 Julai 2013 yang lalu bersamaan 14 Ramadhan 1434 Hijrah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Kuaters Institut Pendidikan (KIP) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis ini adalah julung kali diadakan semenjak perpindahan daripada PPR Desa Wawasan tahun lalu. Pihak Akademi telah menjemput wakil daripada beberapa buah agensi yang selama ini telah terlibat dengan Program Pelapis Serantau seperti MSN Pulau Pinang, Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Pelajaran Negeri, SMK Seberang Perai, SMK Bukit Mertajam, SMK Alma dan wakil media.

Pihak Akademi juga turut menjemput pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Ahmadiah Al-Ijtimaiah seramai 64 oarang bagi turut sama memeriahkan majlis disamping untuk membaca doa selamat sekaligus menjadi imam kepada solat maghrib berjemaah. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagi siratulrahim dikalangan atlet, jurulatih, pengurusan akademi serta agensi-agensi yang terlibat.

Majlis telah dimulakan sekitar jam 6.45 petang dengan sesi ramah mesra Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri Ngadirin bersama-sama dengan atlet, jurualtih dan hadirin yang lain. Beliau juga turut menyampaikan sedikit ucapan sebelum wakil daripada Sekolah Menengah Agama Ahmadiah Al-Ijtimaiah membaca doa selamat sekaligus doa berbuka puasa. Hadirin berbuka puasa dengan sedikit hidangan ringan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah. Majlis bersambung dengan jamuan makan malam.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.