Saturday, March 24, 2012

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/12 MELAKA



LAPORAN HARI KE-2 (23 MAC 2012)
 
i. Pagi ini saya telah membuat semakan kepada keputusan pertandingan acara 90m kerana berdasarkan pengiraan sendiri, saya dapati ada kesilapan dalam menentukan pemenang pingat. Berita gembira buat pasukan Pelapis apabila pihak penganjur mengesahkan kemenangan pingat Emas kepada Atiq Bazil Bakri dalam acara tersebut. Ini bermakna PK menyapu bersih 2 pingat Emas yang ditawarkan pada hari pertama kategori recurve lelaki.
 
ii. Hari ini telah berlangsung acara Single FITA 50M & 30M (L&W). Pasukan PK menambah satu lagi pingat Emas melalui Syafiq Izzuddin Sulaiman dalam acara 30m dengan skor 346 pts. Acara penyampaian pingat bagi acara ini akan diadakan esok petang.
 
iii. Pencapaian keseluruhan pasukan pelapis setelah tamat acara Single FITA adalah sepeti berikut :
 
Bil.               Nama                                                   Skor                           Jumlah
 
1. Syafiq Izzuddin Sulaiman   PK-A   90m/280, 70m/312, 50m/312, 30m/346    1,250 pts / 5th/112
2. Atiq Bazil Bakri                 PK-A   90m/299, 70m/308, 50m/306, 30m/329    1,242 pts / 7th/112
3. Faris Haziq Shuhaimi        PK-A    90m/266, 70m/318, 50m/310, 30m/341    1,235 pts / 8th/112
4. Mohd Firdaus Ishak          PK-B    90m/291, 70m/295, 50m/304, 30m/340     1,230 pts / 10th /122
5. Mohd Alif Adha                 PK-B    90m/272, 70m/310, 50m/310, 30m/336     1,228 pts / 12th/112
6. Nazir Omar                      PK-B     90m/252, 70m/306, 50m/301, 30m/332     1,191 pts /20th/122
7. Faees Rafood                   PS        90m/266, 70m/302, 50m/295, 30m/332     1,195 pts / 19th/122
8. Farah Amalina Azhar         PS        70m/243, 60m/260, 50m/254, 30m/325     1,082 pts / 14th/68
 
 
iv. Prestasi atlet2 PK agak memuaskan dengan hanya seorang atlet - Nazir Omar tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Lain2 atlet PK mencapai skor yang disasarkan dan menduduki ranking top 20 dari 112 peserta. Nazir dijangkiti selesema sejak seminggu yang lalu.
 
v. Kejayaan mencapai 3 dari 4 pingat emas yang dipertandingkan sehingga hari ke-2 acara recurve lelaki memberi kebanggaan kepada Pelapis MSN.
 
vi. Ada peningkatan skor dalam pertandingan. Prestasi ini dijangka akan terus meningkat dalam penyertaan mereka ke pertandingan2 yang berikutnya di UUM (MEI 2012) dan SUKMA (JUL 2012).
 
vii. Prestasi atlet PS : Faees Rafood mencapai skor yang agak baik. Berjaya menempatkan diri dalam top 20 dari 112 peserta. Boleh ditingkatkan lagi. Usia beliau telah mencapai 18 tahun, perlu berusaha lebih gigih supaya dapat menyertai Pelapis Kebangsaan menjelang Julai 2012.
 
viii. Pecapaian Farah Amalina agak mengecewakan. Dengan skor hanya 1,080, ia boleh dianggap rendah bagi seorang atlet PS. Mungkin atlet ini masih letih kerana baru pulang dari MSSM di Kuantan beberapa hari lalu.
 
ix. Esok akan berlangsung acara Ind. Olympic Round. Kita mensasarkan untuk menempatkan sekurang-kurangnya 3 atlet layak hingga ke sukuakhir dan 2 hingga ke separuh akhir. Tentangan hebat pastinya akan datang dari pasukan elit yang membariskan 5 atlet.
 
x. Dalam acara berpasukan, PK-A menduduki ranking ke-2 dibalakang Elit. PK-B pula di ranking ke-4. Acara Team Olympic Round akan berlangsung lusa. Kita mensasarkan FINAL kepada PK-A manakala PK-B seharusnya mampu layak hingga ke Semifinal.
 
xi. Sehingga kini tiada masalah besar yang dihadapi pasukan ini. Diharap agar semuanya berjalan lancar.
 
xii. Astro Arena dikhabarkan akan membuat liputan langsung bagi acara-acara FINAL yang akan diadakan di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang pada petang 25 Mac 2012.
 
Sekian, terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.